Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 27, 2019

Masak lemak pucuk paku+udang kertas

Asalamualaikum dan salam Khamis...

lauk simple yang sedap buat kak rose, apa lagi kalau digandingkan dengan ikan masin... memang boleh bertambah2 manakan nasik! ade kisah disebalik pucuk paku ni... semasa kak rose tunggu anak datang amik selepas habis bershopping di pasaraya giant, ada seorang pakcik ni jual kat depan tu.. dengan berpanas terik dan tak de sorang pun yang datang beli... lama jugak kak rose perhatikan... kesian kan... so kak rose pun g lah kat dia dan mintak dua ikat, satu ikat yang besar jugak tu cuma seringgit jer... apa lah untung yang dia dapat agaknya kan... dan masa kak rose beli tu... ramai pulak yang datang sama2 membeli... Alhamdulillah habis jualan pucuk paku pakcik tu masa tu jugak.. yang tinggal cuma bunga kantan dan sedikit pucuk ubi... dan selepas beberapa hari baru lah jadi masak lemak pucuk paku ni dan ada seikat lagi dalam fridge. entah apa lah kabarnya tu?... meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan-Bahan:

  • 1 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk udang kecik
  • 2 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)
  • 1 ketul kecil kunyit hidup
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
  2. Tumbuk halus cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Basuh udang dan toskan
  4. Masukkan santan, bahan kisar halus dan udang bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Tips:

  • Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.