Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 26, 2011

Ayam kandar

salam dan selamat tengahari semua.... masak ayam kandar ni untuk lauk lunch tadi.... mula tu nak masak sambal jer tp teringin lak buat ayam kandar ni. maklumlah ari tu masa g penang x dapat makan yg ni, cuma rasa kuah dia saja. so kali ni buat la ayam kandar ni, mmg rasa macam ayam mamak kat line clear tu....

resepi asal gunakan daging - daging kandar la kan, tp telah ditukar dengan ayam oleh nduk hana... x pe len kali nak try guna daging plak. resepinya kak rose penah tepek dulu kat sini, dan sekali lagi kak rose share kan kat sini kalau ada yg nak mencuba nnti....

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
  • (kak rose tambah 1tsb serbuk cili)
Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
**** (kak rose perap ayam ngan garam kunyit jap dan goreng setengah masak dan ikut cara yg seterusnya)

sedap dimakan dengan nasik panas2.... x yah g line clear lagi dah!

12 comments:

cik cek said...

Kak Rose...

Menu Ayam cam ni ...makan ngan nasi Beryani..Nasi Minyak ke sedap ni...alaaa...nasi putih pun bolehla....:-)

Mas said...

kak rose..mas dah try daging kandar tu..memang best...
nanti nk try ayam gak la...

Kak Rose said...

cik cek, layan ngan nasik putih jer. sempoi kan.

Kak Rose said...

Mas, kak rose lum try ngan daging. nak kena cari yg daging batang pinang tu ya?

Nieza said...

sedapnya!! teringat kedai nasi kandaq dah ni..hehe

!✿❤Cik Izan❤✿! said...

nampak mcm sedap nti saya nak try resepi ni...maceh kak rose...^__^

Kak Rose said...

Nieza, sedap. macam nasi kandaq line clear tu!

Kak Rose said...

Cik Izan.... cubalah. pasti x menghampakan!

tun_telani said...

kak rose! kak rose! nk tanya nih. lauk ni org makan ngn nasi kandar ke?? nmpk cam sedap je.

Ayu said...

Assalam kak rose, ayam kandar belum pernah buat tapi yang daging dah memang sedap rencahnya tu..terasa kemamak annya..

Kak Rose said...

tun, sekarang x de dah nasi kandar tu suma dalam piok jer... hihihi

Kak Rose said...

Ayu, merasa la jadi mama kejap... sapai menjilat jari!