Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 3, 2011

Sup ayam & cendawan

ari ni masak lauk sup ayam jer.... sebenarnya cendawan ni dah bli 2 hari lepas. ingat nak wat cendawan goreng macam kat pasar malam tu, tapi tersangatlah m nya, tu yang jadi lebur jer dalam sup ni. jadilah sup ayam dengan cendawan yang sedap nih... godek2 resepi dari rumah
nor secubit garam lagi.... banyak resepi dari dapur nor yang kak rose dah cuba dan ulang2 buat.... senang dan yang pastinya bahan2 semua yang mudah dan ada didapur selalu.... terima kasih bebanyak nor, dan izinkan kak rose tepek kat sini lak ya resepinya...

SUP AYAM DGN CENDAWAN

Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 - 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas
1 sudu besar perahan limau nipis

garam
sedikit gula jika suka


Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.

sedap dimakan dengan sambal kicap.... x de daun sup, jadi togel je sup kak rose ni....

3 comments:

Sheila Shafeareen said...

as'salam kak Ros sdp tu lauk sup ayam mmg suka lauk cam ni..kalau kat rmh saya laku aje...kerau pun menyelerakan

cik cek said...

Kak Rose....cek kalau bab2 sup ni memang fav sangat...tak yah makan nasi pun tak pe...dok hirup sup tu je....kechurnya tgk sup ni....

Nurul Syahida said...

Menariknya! Tgk gambar kak rose pun dah menyelerakan..mesti cuba ni..:)

nurulsyahidaali.blogspot.com