Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 18, 2011

Apam lenggang 2

salam dan selamat petang semua.... apalah agaknya juadah minum petang hari ni ya.... sepanjang pagi td hujan lebat dan nak masak2 pun jadilah sangat x rajin. so untuk lunch kak rose g tapau jer dan petang ni buat apam lenggang ni pulak. beli nasi bungkus dan kak rose simpan sikit nak buat apam ni, tapi terjumpa lak versi yg x guna nasik.... so try yg ni campuran tepung beras n gandum je. dulu pernah buat yg ada nasik tu kat sini....

resepi yg ni kak rose amik dari Myr oleh sofinar... tp kali ni kak rose guna santan serbuk, x terasa lemak sangat. kalau guna santan yg fresh tu mesti lagi la ummpphhh kan. mekasih ya sofinar dan kak rose mintak izin nak sharekan resepinya kat sini lak....

close-up sket... tebal ditengah2 dan suker dengan tepi2 yg garing tu....

Bahan-bahan ( 10 biji kot )

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 7-8 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam (kak rose perap 2.5hrs)
  2. masukkan santan dan gaul lagi
  3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
  4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
  5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
  6. selamat mencuba

23 comments:

Antan Bertingkah said...

Sedapnya lama tak makan...kalau kat alor setar famous ni...dulu selalu beli kat pasar mergong..

Kak Rose said...

Kak rose tau makan ni masa duk Langkawi dulu... bli kat pasar malam Kuah. sedap!

Mas said...

mas suka apom lenggang..
lama dah tak makan..
sedapnya tengok apom lenggang tu...

kak rose dok kat shah alam kat mana yerk...

kasihredha said...

kat pantai timur...kalau tak salah kami panggil serabai...kalau tak salah lah :)

cik cek said...

Kak Rose....tak penah makan....

Kak Sam said...

Memang melenggang menu ni. Suka makan tapi tak suka buat. hehehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Kak Rose.. apam lenggang nih sedap mkn bersama apa? Gula?

Kak Rose said...

Mas, sesekali nak rasa apam yg lain lak.
kat sek 19

Kak Rose said...

kasih, adunan seakan sama serabai... tp x tau nama lain2 lak... tp serabai ada acuan dia kan?

Kak Rose said...

cik cek, dulu kak rose pun x reti makan... bila duk langkawi baru lah tau... sedap lak tu

Kak Rose said...

Sam, x pandai sangat nak melenggang tu... asal ada rupa ok la dah tu... yg penting sedap!

Kak Rose said...

Mama Hawa... x yah cicah pun x pe sbb dah manis...

kha said...

bestnya..blh cuba ni.nmpk sedap sgt.

Wattie said...

Salam Rose,
Bila tengok apam lenggang ni teringat masa kecik2, selalu singgah beli kat aci yg jual kat warung, dia buat selalu keraknya lebar dan isinya kat tengah kecil aja, tp sedap sangat.......

✿❤Cik Izan❤✿ said...

amboiii...berlenggang pulak petang2 ni kak rose yer...^__^
izan tak pernah rasa apam lenggang ni...sedap ker? nampak mcm sedap...

Nieza said...

sedapnya apam lenggang ni lama tk mkn teringin la pula..kalau dapat yg garing tepi2 tu lagi sedap...hehe

Kak Rose said...

kha, silakan mencuba ya...

Kak Rose said...

Wattie, x dapat nak buat cam tu sbb guna koli beso.. agaknya kena beli koli yg macam derang guna kat pasar malam tu baru jd cantik2 kan..

Kak Rose said...

Izan, cubalah baru tau sedap ke idak... x pun bli je kat pasar malam...

Kak Rose said...

Nieza, mmg lagi kalau dapat makan masa panas2.... perghhhh best!

geez said...

Apam ni menyelerakan la.... Nak try buat la.

Kak Rose said...

geez, selamat mencuba....

Anonymous said...

Saya memang suka kuih-muih Melayu terutama kuih apam. Nampaknya kuih-muih puan cantik dan amat menyelerakan. Puan Rose boleh bagi address tak? Kak Amnah