Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 23, 2011

Apam labu

salam hujung minggu semuanya.... ni kes sangat terguda dengan keayuan apam labu berposing kat rumah izah... dah lama sangat intai, tp menunggukan labu x sampai2 dirumah ni. so bila dah dapat labu terus jer nak mencuba buat apam. Alhamdullilah menjadi dengan gebunya dan sangat lembut texturenya. betul kata izah, x rugi mencuba.... lembut dan sedap!. panas2 lagi kak rose dah ngap 2 biji.... tanpa kelapa pun sedap gak, tekak kak rose yg pelahap ni ler... x sabo2 nak merasa!

resepinya kak rose cnp dari rumah izah tokey muffin tu. terima kasih ya share resepi yg mabeles nih.... dan mintak izin nak tepek kat sini lak....

APAM KELEDEK versi LABU

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)


Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

kak rose buat satu adunan, punyalah banyak dapat..... meh, jemput minum petang dengan apam labu sambil pot pet.....

22 comments:

anymz said...

eh!kak rose saya pun buat apam labu tapi tak post sebab pernah buat dulu..saya post apam merkah je hari ni..mm..sedap gak..apam labu ni pun sedap kan kak rose? :)

Sheila Shafeareen said...

As'salam kak sdp tu kuih apam labu..buat minum ptg atau buah tgan cantik ni..

tun_telani said...

wahh,, byknyer kak rose wat.. tunggu yee.. nk gi minum ptg umah akak nih..

cik cek said...

Salam Kak Rose...
Selalu tgk org buat apam labu ni...mesti sedapkan...

izahdaut said...

ishhh saya memang kecur tengok apam labu..sedap nyaaa... memang lembut sangat texture dia. cantik mewah kan warne apam bi kan kak rose.suke bangat

Kak Rose said...

Anim, sedapkan apam labu ni.... apam merkah tu pun nampak menyelerakan...

Kak Rose said...

Sheila, mmg sedap dan cantik jugak... boleh je nak buat buahtangan!

Kak Rose said...

tun, meh2 ada banyak ni... jom minum sambil pot pet petang.

Kak Rose said...

cik cek, cubalah nnti baru tau rasa camner... x rugi mencuba.

Kak Rose said...

izah, mmg kecur dan sbb cantik pun ya jugak... lembut sangat texturenya... kak rose x abeskan semua tepung tu... lagi lembut jadinya!

K.Nor said...

k.rose.. nak gak! :)

Kak Rose said...

Nor, ada banyak lagi ni... nak kasi kat jiran sebelah umah ni balik kg lak... nak anta yg jauh skit tu ujan lebat la ni...

Cendana Kasih said...

cutenyer apam... pernah buat bulan lepas, tp bantat ler..pastu tak pernah la nk cuba lagi...akak, lempar ler ke bukit jalil ni sebarang sebijik dua...hehehe

Kak Rose said...

Noorma, kak rose nye naik kembang semacam! happy sangat sbb menjadi... jauh bebeno nak lempar pun..

noorsafone said...

salam K.Rose...sedap nampak apam labu tu..nk cuba jugalah nanti.Kenapa K.Rose kate dgn Izah "K.Rose tak abiskan tepung tu lg lembut jadinya" kurangkan tepung sikit ya.

Kak Rose said...

noorsafone... bila kak rose nampak macam dah pekat je adunan tu so x abeskan la tepung tu... adala kot dalam 2tsb lagi. mmg lembut sangat jadinya!

kasihredha said...

cantiknya kak...
lihat colour pun dah berselera :)

Nieza said...

wahh....cantiknya apam kak rose ni...terguda sudah..nk kena cari labu jugalah...hehe

Kak Rose said...

kasih, labu tu sendiri kalernya mmg dah cantik. yg penting sangat sedap n lembut jer.

Kak Rose said...

Nieza, terguda ya... x rugi mencuba sbb sedap taw!

Mas said...

kak pose...lembutnya tengok apam labu tu.....
sedappkan kak..

Kak Rose said...

Mas, mmg lembut sangat... sampai pagi td pun masih maintain kelembutannya!