Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 28, 2011

Kepak ayam bakar berempah

ni lauk lunch tadi makan bersama dengan terung bakar berkuah tu.... wah, hari ni semua bakar2 jer.... tp tu suma kak rose bakar atas koli non-stick jer.... even ayam ni pun x masuk dalam oben... mintak maaf la ya tuan punya resepi sbb kak rose masak cara sendiri... tp rasa tetap mabeles gitu.... kalau dapat meratah pun sedap gak ni.... agaknya kalau nak buat bakar2 cam bbq tu guna resepi ni pun sedap kan...

resepi asal oleh umi e @Myr.... sejak Myr boleh bukak dengan mudah ni macam2 resepi yg sedap2 suma masuk dalam list.... panjang dah berbaris menunggu giliran... yg penting tunggu bahan2 dan vitamin R datang bertandang! mekasih ya umi e dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini pulak....

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan (kak rose cucuk2kan biar resap bahan perapan)
  2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

4 comments:

Mas said...

alahai... kepak ayam! bestnya!! mintak izin nk amik resepi ye :)

suri solehah said...

salam kak rose..sedapnya nampak kepak tu..rasa manis2 skit dak kak?

Kak Rose said...

Mas, amikla.. kita sharekan resepi tu kat sini..

Kak Rose said...

suri, ada rasa macam sate sikit2... sedap!