Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 30, 2011

Cucur bilis kembung

Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu dengan cuti yang panjang.... pasti ramai yg memulakan perjalanan untuk cuti2 atau pun balik kampung kan... petang ni kak rose pun nak balik kg gak... ada kenduri wedding anak buah. ya lah cuti panjang gini selalunya banyaklah majlis perkahwinan kan.. undangan untuk esok, selain di JB, ada lagi di seremban dan satu lagi di kuala pilah.... camno la den nak poi sumo ni.... mintak maaf lah kalau x dapat hadirkan diri ya... mungkin esok lain kali...

aissshhh melalut panjang lak... nak citer pasal cucur bilis yang sangat lembut wat sarapan pagi ni... cucr bilis kembung yg x mengembung.... mungkinkan sbb kak rose perap sekejap sangat... dah lapo x sabar nak tunggu dah! gigih menumbuk pepagi wat sambal kicap untuk nak cicah ngan cucur ni... meh tengok resepi yang kak rose cnp dari Myr oleh sofinar ni... mekasih ya...

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 300g tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 labu bwg besar
  • 2 pokok daun bawang
  • 1 1/2 cawan air
  • taugeh jika suka
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit (tercicir lak yg ni.... aishhhh!!!)

Cara-cara

  1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

gigih pepagi menumbuk wat sambal kicap....kejawaan terserlah!

7 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

hmm..biasanya kalau wat tak pernah letak mauripan..boleh cuba ni...

tun_telani said...

uwahh.. mkn cucur pn ngan sambal kicap.. mmg jawa sejati nih.. hehe

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

bagus nih...nti boleh cuba...^__^

Kak Rose said...

nazrah, dengan mauripan lembut sangat jadinya... dah sejuk pun lembut lagi!

Kak Rose said...

tun... he he he jawa la katakan

Kak Rose said...

Izan, cubalah untuk minum petang pun ok gak

Nor Hayati Hj Baharum said...

Saya buat macam ni juga tapi saya masukkan HOT DOG potong nipis-nipis macam duit tuh....budak-budak memang suka...saya punya main ingredients: carrot parut, hot-dog, dan celery potong kecil-kecil (belah-belah dan hiris), (telur ayam, ikan bilis, bawang --> BLEND)+ kucai...