Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 3, 2011

Bendi goreng telur

bendi goreng telur yang mahal..... ya la sekarang kalau g pasar tengok sayur2 semua dah mahal belaka.... bendi ni bli kat pasar malam, bila tengok harga mak ai.... manyak tepelanjat wa.... rm10/kg.... ya la minyak baru je naik harga jadi depa pun naikkan harga semua benda agaknya... manalah janji pak menteri tu yg katanya minyak x kan naik harga for the time being... tup2 dah naik semalam!..... kita ni sebagai pengguna kenalah bijak memilih apa yg nak dibli...yg perlu jer. tp bila dah kat pasar tu semua benda kita nak borong kan.... bukan g pasar tiap2 hari pun, jadi stok kenalah sentiasa ada...

bendi goreng telur resepi dari dapur CMG.... mmg sedap, mat kak rose kopi resepinya ya. terimakasih daun keladi, esok2 nak amik resepi lagi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai* (kak rose x tahan pedas, taruk 3 biji pun dah macam nak kuor api dari tinga!)
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan (x de la pulak!)
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA ;-)
  1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..

3 comments:

Mas said...

kak rose, mas pun suka masak bendi gini..
sedappkan kak..

Kak Rose said...

Mas. senang menyediakannya dan sedap memakannya!

leyzajamil said...

bendi pun sesuai goreng tumis rupanya, ingt masak kari & asam pedas je..thnks kak rose.