Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 11, 2011

Crispy onion rings

salam semua... sungguh x de mood nak masak ari ni.... pagi tadi pergi keupacara pengebumian anak kawan yang meninggal dunia semalam dan balik pun dah tengahari, so x de la masak2 ari ni.... lunch g tapau jer terus balik rumah dan ngap. senangkan.... dan petang td selepas menyelongkar Myr terjumpalah snek yang enak ni.... senang je buatnya tp kak rose x pandai nak goreng sampai garing sangat.... jadi sekejap je dia dah jadi lemau, x rangup dah! hilanglah nama crispy nya.... ada x petua camner nak bagi rangup tu x hilang walaupun dah sejuk?.... resepinya kak rose copy dari Myr oleh kak fida, terimakasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

walaupun dah hilang kerangupannya, tp tetap sedap makan dengan cili sos + mayonis.

17 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Biasa makan beli kat kedai jer. Nampaknya bertambah le homework saya ni.

Kak Rose said...

Sam, resepi dah ada, bolehlah mencuba...

Nieza said...

sedapnya kak...suka cicah ngan sos tu..ishh laparla pula...hehe

Kak Rose said...

Nieza, snek yg sedap dan senang je buatnya... selama ni x terpk lah nak wat cam ni...

Kak Eiza said...

Salam Kak Ros, Di persilakan ambil Award :)

http://mamaloveu-basma.blogspot.com/2011/04/award-from-saza-haiza.html

::Azura Rahman:: said...

wah menarik.. biasa beli yg frozen.. now leh wat sendiri.. thanks kak rose..

Ayu said...

Assalam kak rose,
onion rings ni dah lama kita tak buat..my mum suka pulak onion rings yang ini..haha..
ini kudapan yang senang dan very economical kan kak rose.. nanti nak buat lagilah..
thank u kak for the wishes tu ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam rose..
nampak sedap jugak onion rings tu.. agaknya benda nih nak kena mkn masa panas2 kot barulah terasa crispynya tu...

p/s: turut sama terasa sedih dgn pemergian anak kwn rose tu.. salam takziah buat keluarga allahyarham.

Sheila Shafeareen said...

Salam kak Rose same le kita pun buat hari ni..nnt leh try yg mcm resepi akk pula

Kak Rose said...

Eiza, tq. dag amik dan gantung pun...

Kak Rose said...

Azura, dah x yah bli lagi.. leh buat sendirik kan...

Kak Rose said...

Ayu, mmg sedap pun, goreng lama sikit kasi garing2 lg sedap...

sama2 Ayu

Kak Rose said...

Madiha, ya kena makan panas2 tu baru rangup. tp sbb semalam x abes, so pagi ni kak rose panaskan semula, jadi rangup balik.

pemergian yg x dijangkakan...mmg sedih sangat!

Kak Rose said...

Sheila, selamat mencuba..

cik cek said...

Kak Rose nak sikit Onion Rings...serupa mcm kat fast food punya...sedapnya....

Kak Rose said...

cik cek, x yah g fast food dah... buat sendirik jer... puas makan!

Ainsurie said...

ppeerrghh...marvellossoo...bertmbh ler aktiviti kt dapur..anyway thnks kak ros..adanyer org2 mcm kak ros nih beseri dapurku...ilmu tuh mmg kena kongsi..semoga dunia mu berseri dan bahgia slalu..