Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 14, 2011

Sotong bersiram

Asalamualaikum dan salam semuanya.... lauk lunch ari ni.... sepanjang pagi menyelak menu sotong diMyr.... punyalah banyak resepi, tp x de yang berkenan ditekak. x tau kenapa.... last2 balik ke dapur sendiri dan ingat kat dapur kawan2 pasti ada resepi sotong yg sedap2.... terus bukak secubit garam..... ha tu dia! sudah kuor menu sotong bersiram dengan gaya posing yang sangat menyelerakan.... pe lagi terus kedapur dan bersilat kejap.... dah siap. terima kasih pada nor secubit garam yang share resepi ni yang asalnya dari SajiOnline. kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

SOTONG BERSIRAM
sumber : SajiOnline
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
500 gm sotong saiz sederhana
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu besar jus limau nipis (kak rose guna limau kasturi)
2 sudu besar sos cili Thai ~ K.Nor lebihkan 1 sudu lagi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai - dimayang
6 tangkai cili padi - dimayang
2 helai limau purut

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Tuskan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili padi yang dimayang. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan sos cili Thai, sotong goreng, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat.

** air sotong K.Nor tak buang, sebaliknya masukkan sedikit ke dalam tumisan supaya tumisan tu pecah minyak dan tak terlalu pekat.

meh lunch dengan sotong bersiram ni.... tp kak rose kurangkan cili sbb x tahan pedas. kang kalau pedas sangat segala air kuor, air mata, air idung..... issshhh!

12 comments:

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

sotong bersiram pulak dah...ada jer idea kak rose kat dapur yer...^__^ sejak duk lepak2 kat blog ni mcm2 idea dah ada...xdelah blur lg bila masuk dapur nti..^__^

Kak Rose said...

Izan, cedok resepi dari sifu2 yg tera masak... kalau x blur jugak apa nak masak!

missalongwani said...

SEDAPNYER SUTUN....>MENGIGAU NI...TIERINGATKAN SUTUN...HUHUHUHU<<

izahdaut said...

kak rose... cepatnya sampai rumah kak rose lak lauk ni ye...sedap tu..cantiklak posing gitu kan

Mas said...

tu la..cepatnya..dah sampai rumah kak ros dah sotong bersiram ni..
he..he..

Kak Rose said...

Along, kat nganu mesti banyak sotong yg fresh2 kan...

Kak Rose said...

izah, bau harum daun limau purut dari rumah nor sampai ke shah alam... tu yg cepat sampai!

Kak Rose said...

Mas, angin dari nganu yg datang bawak bau tu laju sangat. cepat jek sampainya!

K.Nor said...

laaa... cptnyer k.rose bersiram! hihii

Kak Rose said...

Nor, tq share resepi ni... agaknya wat ngan udang pun sedap gak kan...

kasihredha said...

kak rose masak apa pun nampak menarik & sedap :)

Kak Rose said...

kasih, yg ni mmg sedap... rupa tu x kisahla kan...