Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 5, 2011

Ikan kukus asam boi

masak ikan ni bila ternampak resepi kat rumah hana.... nduk hana, mana ko pegi menyepi? bz sangat ke agaknya mengadap anak2 murid yg dah lama ditinggalkan.... rindu dah dengan resepi2 baru dari rumah baru di mesia nih!.... kak rose guna ikan kurau dan buh asam boi banyak2.... sampai naik itam ikan kurau tu jadinya.... sudahnya jadi termanis lak... sapa2 nak try masak ni kak rose copykan resepinya dari rumah hana ya... mekasih ya nduk...walaupun rumah tertutup rapat tp kak rose tetap g selongkar carik resepi... jgn bimbang dah kemas balik elok2 dah...

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )(kak rose guna ikan kurau)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

14 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum kak rose..
x perna lg mkn ikan kukus asam boi nie... nmpk sedap... memang menarik ler resipi nie

kasihredha said...

saya tak pernah buat tapi selalu makan di restoran...memang best.Nanti boleh cuba buat sendiri pulak.
Suka tengok pics kak rose...cantik!

Ayu Safieza said...

Assalamualaikumwbh...Kak Rose Dear....
...dtg sini nak sini nak tukar dgn carrot kek ni boleh? Muahahhaaa...I wish u are the lady nextdoor...so that kita boleh exercise same2 every am...:)

Kak Rose said...

Diana, nampak sedap tp not to my taste bud la... jadi manis sbb terbubuh banyak sangat asam boi tu kot!

Kak Rose said...

kasih, dah ada resepi nnti leh la cuba sendirik...

Kak Rose said...

Ayu, selain exercise leh dapat makan free jugak... hihi hi

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Saya dah siapkan homework ni. Memang senang n sedap.

Kak Rose said...

Sam, mmg senang kan... kedebus semua sekali n kukus... dah siap!

cik cek said...

Kak Rose...sedapnya bila dpt makan2 menu cam ni...aduh! lapo perut dibuatnya....

suri solehah said...

salam kak rose..special lah pulakkan sbb ada asam boi..tiba2 je jd teringin kak...
ps;terima kasih petua akak beri

Naz said...

Kak Rose, menyelerakan tengok gambar tu...

Kak Rose said...

cik cek... ratah ikan dengan sampah sarap yang banyak tu pun sedap gak...

Kak Rose said...

suri, tingin yg masam2 ni ada ape2 ker?....

Kak Rose said...

Naz, ada masa boleh la mencuba...