Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 24, 2011

Bebola ubi goreng

makan gorengan cara johor.... mesti ada cicah sambal kicap. best!

juadah minum petang ni kak rose buat bebola ubi goreng.... semalam g kedai kat rumah ni nampaklah ada jual ubi ni. amik sebatang jer pun tp beso ler... boleh buat dua kali goreng gitu. separuh kak rose buat goreng ni dan masih ada berbaki separuh lagi.... esok2 pulak pk nak buat apa kan. ari ni meh kita makan bebola ubi ni sama dengan teh o panas.... dah dekat seminggu x berjalan tp makan x pernah kurang.... nntilah esok agaknya boleh g jalan 10k steps tu lagi.... insyaallah.

resepi ubi goreng ni kak rose amik kat rumah CMG. sedap. (kak rose dah guna ice-cream scoop tu tp masih x dapat nak buat cantik bulat2 macam mat tu. hu hu hu...) nasib baik dapat ubi yang gebu dan lembut dan bila goreng pun ttp lembut. tima kasih ya mat n kak rose nak sharekan resepinya kat sini lak...

close-up sket... posing ngan pencucuk lap u lap mi yg baru bli kat Daiso Queens Bay, Penang...

Bahan-Bahannya :-)

Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....

12 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

kak Ros hujan ni,kirim sepiring bola ubi tu.Sebenarnya ros suka pergi marayau kat daiso IOI puchong sebab tak jauh dari rumah.banyak benda-benda comel kat situ.Biasanya kalau pegi anak dara kita cepat-cepat tarik kita keluar sebab takut kita beli benda-benda yang bukan nak diguna hi..hi..hi..

nur easy said...

salm singgah.. ala comel2nya bebola ubi tu

hani said...

salam kak ros
molat2 kuih akk ni mmg cantikk laa...nak 4 ketui...dgn sticks tu skali ye...mekaseh

Mas said...

kuih peberet mas ni...
sedapppnya.....

Kak Rose said...

Ros. betul la... kat daiso tu semua comei2 barang dia... masuk situ nak cari botol jer tp end-up sebakul memborong... pas tu x de beg plastik lak...adoyaiiii!

Kak Rose said...

nur easy.... buat kecik2... senang nak ngap!

Kak Rose said...

hani... bentukkan molat2 guna ice-cream scoop. ubi boleh bagi without the sticks ya..

Kak Rose said...

Mas, kak rose suka gak... tp anak bujang kata kuih zaman jepun. asal ubi je zaman jepun, aduhai anak!

kasihredha said...

saya suka kuih ni...tapi tak pernah buat.
Selalunya beli je...nanti boleh try buat :)

Kak Rose said...

kasih, kalau x ramai nak makan baik le bli je, tp disbbkan ubi dah ada, kak rose buat la sendiri...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.rose..bebola ubi nie mmg sedapkan!.mana nk carik ubi nie..hihi

Kak Rose said...

atie, mmg sedap.. taruk kelapa muda banyak2 lg sedap. lemak2 gitu!.