Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 8, 2011

Abok2.... tp x de QPQ taw...

salam dan selamt pagi semua.... dah dekat nak tengahari pun.... wat kuih ni petang semalam tp x sempat nak tepek kat sini lak..... mulanya pepagi hari dah ternampak kuih ni kat rumah Yat, berposing dengan sangatlah menggodanya.... (tapi kak rose x de la QPQ tu, sbb sendiri buat sendiri nak makan kan...he he he ) meroyan sekejap kak rose nengoknya.... nasib baik masa g pasar tu ada bli kelapa putih, sagu pun mmg dah ada dan daun pisang g amik kat kebun kawan ditengahari buta yg panas2 tu.... nak makan punya pasal kenalah usaha kan....kenapalah suka sangat kuih ni, ke sbb orang jawa suka makan kuih ni? tp apa pun sangat gumbira sbb dapat makan kuih ni petang semalam....

seksa sungguh nak buat kelongsong tu... kerepot2 je jadinya....tp isi mmg mabeles!

resepinya kak rose cnp dari rumah Yat, yg asalnya dari bro Rozzan, tq to both of u kerana resepi nya ya.... dulu pernah buat, tp guna resepi lain kat sini....

Abok2 ~ Source : Bro Rozzan

Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm

Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. Kukus hingga masak.

18 comments:

cik cek said...

Kak Rose...kuih mak kita buat masa cek kekecik dulu...skrg ni cek pun tak penah buat...hu hu...anak2 tak berapa gemo...sedap pulak tgk kuih ni....teringin pulak nak buat...copy resepi dululah kak rose...

Sheila Shafeareen said...

Salam, kak Rose mmg sdp kuih ni fv tu kuih yg ada sagu..abah/mak saya mmg suka kuih lama2 camni..mkn time bulan posa sdp gak kan mcm teruja jeeee...

HomeKreation said...

Along pun suka kuih ni tapi bab kelongsong tu malas sikit, dah lama tak buat tangan pun keras kedung...hehe.

Unknown said...

sedapnya tgk kuih ni kak Rose tak pernah buat lagila...tak reti sama nk balut kuih tu la.pandai kak rose buat ni cantik jer.

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
tak pernah makan pun. Nampak cam best je. Kak kukus berapa lama erk?

Cute Oven said...

sedapnye...missed the kuih so much...
nak buat...mcm cik cek, anak2 tak suke...
nak beli...kat mane...tak nampak ade orang jual..

izahdaut said...

akak.. senang ke nk buat kelongsong die tu? pas tu mmg kena kemaskn dengan lidi ye? klu tak nanti terburai ye kak?

Kak Rose said...

cik chek, mak kak rose pun suka gak buat kuih ni... maklumlah kat kg banyak daun pisang...

Kak Rose said...

sheila, mmg sedap kuih2 lama ni, pd yg suka la... time x posa pun sedap gak makan!

Kak Rose said...

Along, mmg kakau tangan macam kak rose ni mmg x jadi la kelongsong tu... herot merot jadinya..

Kak Rose said...

Nieza, kalau susah sangat masuk je dlm bekas kecik2 n kukus... janji dapat makan kan..

Kak Rose said...

Sam, kalau suka nnti leh la mencuba... kukus kejap jer -+15mts ..

Kak Rose said...

CuteOven, ala ciannya.... cubala, buat sikit jer dulu... tp x berbaloi kan kalau takat sorang je nak makan...

Kak Rose said...

izah, buat org yg keras tangan macam kak rose ni mmg susah le nak mbuatnya...x de lidi kak rose belasah je guna stapler... tp bahaya, izah ada anak kecik! jangan ikut cam kak rose ya!

Bintangjauh said...

Salam kak Rose, ya ampun ini kuih me-flash back kan kembali semasa membesar dengan Moyang Ratna, kempunan dibuatnya pabila menatap kuih kukus abok kak Rose ..bagi Ratna kelongsong kak Rose cantik tidak ada salahnya .. sedang elok cantiknya.

Bila dikaji bahan nya - senang dibuat dan dicapai-capai ..apa kata ..kak Rose pandai buat Ratna mengidam ..!

Salam manis manis madu.

suri solehah said...

salam..semalam kt tempat keja ada kawan bawak kuih ni utk potluck..sedap..hari ni dah ada resipinya..tq kak rose..manu tahu ada masa suri leh belajar buat

Kak Rose said...

Ratna, kalau dekat boleh kak rose hantar sepiring buat hilang kempunan.... tp kan bahan pun mudah je, tentu Ratna boleh mencuba satu hari nnti ...

Kak Rose said...

suri, kalau gitu samalah kita semalam dapat makan abuk2 ni....selamat mencuba ya..