Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, April 27, 2011

Apam harum manis

selamat malam semua.... akhirnya dapat gak buat apam ni setelah sekian lama menyimpan angan2 nak mencuba. sejak dari masih berada di langkawi lagi dah simpan resepi ni dalam word tp x jugak terbuat. so kali ni bila ada pisang yg x de sapa nak makan tu mula lah cari projek nak wat apa.... dan teringatlah akan resepi yang telah begitu lama tersimpan nih... copy dari Myr oleh tulip77. terima kasih bebanyak for the recipe ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( 40biji )
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-cara

  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***

apam yg x ayu ghopanya sbb melekat kat acuan la pulak!

buat satu adunan punyalah dapat banyak.... dapatlah kak rose g bawak kerumah jiran sambil melawat dia yg kurang sihat.

17 comments:

Mas said...

Wahhh... tajuk je dah menarik, bila tgk gambar lagilah tertarik! :)))

~Norul Mas Hana ~ said...

sedap nyer apam...meh seketul..hihi

Kak Rose said...

Mas, mmg harum n manis gitu...

Kak Rose said...

Norul, peminat apam mesti suker yg ni... gebus jer

kasihredha said...

sure best...comel je kan :)

Diana @ Melley Mey said...

nmpk sedap... nama pun cantik.. mesti harum jer nie kan.. ;)

Nieza said...

sedapnya apam tu kak...gebus jer nanti leh cuba ni..:)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Comel comel..

Mas said...

resepi ni dah lama masuk list..mas tak buat2 lagi..
sedapnya tengok kak..nak seketoi..

izahdaut said...

ala comelnya apam ni.. musti sedap dan wangikan kak rose

Sari Yusa Ibrahim said...

pernah makan apam ni masa gi kursus... sedapppppppppp!

Kak Rose said...

kasih, buat kecik2... biar cantik dimata..

Kak Rose said...

Diana, mmg sedap apalagi bila tergigit pisangnya tu.

Kak Rose said...

Nieza, mmg gebus n moist jugak!

Kak Rose said...

Nazrah... comel je kejadian apam ni kan..

Kak Rose said...

izah, betul tu... x rugi mencuba taw!

Kak Rose said...

Sari. sedapkan... ni dah ada resepi, kalau rajin leh la mencuba....