Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, April 13, 2011

Terung goreng cili n udang kering

selamat tengahari semua.... mesti dah lunch kan. sayur kak rose ygang simple mimple ari ni. goreng terung dengan cili dan udang kering.... tiap kali beli terung mesti resepi ni jer yang terbayang dikepala otak.... sedap dan simple sangat. x payah nak kuah2 bagai. goreng2 dah siap kan. dah banyak kali buat tp sebab sedap kak rose buat lagi dan lagi dan lagi..... resepi asalnya amik dari rumah AlongRoz yang tengah bercuti sekarang nih (melancong g mana agaknya ya? jangan lupa ole2 nya!)...mekasih ya Along. kak rose tepek sekali lagi resepinya kat sini...

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi.
3 siap.
makan dengan nasik panas2 dan ikan jenahak dalam sos daun limau purut....hmmm. habislah kak rose punya 279 kalori yg burnt ari ni.... jalan pun x sampai 10k steps dan cuma 5.7km jer...malas ke? entahlah.... tp mmg bepoloh2. ponek!

16 comments:

Mas said...

sedapnya terung tu kak..
nak sepinggan..wat makan ngan nasi..he..he..

Sheila Shafeareen said...

kak ni lauk FV family ni..sdp saya suka kalau masak terung buat cam gini...
kekadang meratah aje dang sambal2 sekali

yanie anuar said...

sedapnya...singgah n follow

tun_telani said...

kak rose.. sedapnyer terung.. tp tun kalau goreng terung x pandai laa nk kasi dia x serap minyak byk.. (ke mmg terpaksa redha je yg terung ni akan serap minyak?)

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

comei jer potongan terung kak rose...dan nampak sungguh tempting..saya mmg fail bab2 goreng terung...nanti mak aii punya la byk serap minyak...nanti jwbnya mkn terung berendam minyaklah... ^__^

Kak Rose said...

Mas, wallah... sekali ngadap dah abes... x sempat nak hulur kat mas... hehehe

Kak Rose said...

Sheila, tu yg bubuh udang kering banyak2 pas tu meratah ngan sambalnya... tp jangan pedas sangat la...

Kak Rose said...

yanie, mmg sedap. tq singgah n follow...nnti kak rose datang lak ya.

Kak Rose said...

tun, kak rose sprinkle minyak n ratakan masa sebelum goreng, goreng atas non stick koli... x perlu minyak banyak, so... x la serap minyak sangat, sbb nnti bila kita tumis sambal tu mesti nak banyak minyak lagi kan...

Kak Rose said...

Izan, boleh je sprinkle sikit minyak dan bakar dalam oben... pasti x serap minyak! cuba ya

Nieza said...

wahh sedapnya terung tu kak kalau ratah gitu pun sedap tu.

Kak Rose said...

Nieza, masakan yg simple n sedap..

kasihredha said...

sedap kak...saya kalau ke restoran padang, terung goreng ni memang tak miss. Cuma akak punya special sikit...ada udang kering.

eliyaezlinalias said...

haish! xleh jadik! sedap nyerrrr!

Kak Rose said...

kasih, pas ni leh wat sendirik la... lg best ada udang kering tu!

Kak Rose said...

eliyaezalias, mmg sedap. cubalah buat nnti ya...