Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 28, 2011

Terung bakar berkuah

Asalamualaikum dan selamat tengahari.... ari ni kak rose masak terung bakar style jawa.... resepi asal kak rose amik dari Myr oleh saida_wati... tp bila baca komen2 tu ada yang kata tambah cekur dan cili api untuk tambah ummmpphh, so kak rose pun cubalah. siap dengan daun cekur kak rose tambah untuk hiasan.... agaknya jawa saja ke yg masak bubuh cekur ni ya?

apa pun kak rose mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya saida dan terima kasih bebanyak... ni 1st time masak bubuh cekur... not bad!

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji terung panjang (dibasuh)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 sudu makan santan pekat
  • garam secukupnya
  • (kak rose tambah cekur dan potongan cili api kasi pedas2 sikit...)

Cara-cara

  1. Terung dibakar di atas dapur gas sehingga masak (lembut). Balik2kan..
  2. Bila dah lembut, angkat dan biarkan sejuk. Kemudian kupas kulitnya (nk kupas kulit ms masih pns2 pn tak kisah..hehe).
  3. Cara buat kuah..tumis bawang..bila dh wangi, masukkn air.Biar sampai mendidih.
  4. Masukkn santan,lada putih dan garam secukupnya.
  5. Curah kuah atas terung tadi..sedia utk dihidang..selamat mencuba.. :)

4 comments:

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

1st time saya tgk resepi mcm ni..thanks kak rose..^__^ saya ni sbnrnya tak pandai nak pelbagaikan sayur terung...yg saya tau msk lemak jelah...

Kak Rose said...

Izan, ni pun 1st time masak cam ni... sbb rajin godek kat Myr jumpa macam2 resepi yg best2!

Nieza said...

saya suka juga mkn terung kak...menarik yer resepi berkuah ni...nanti boleh cuba ni.

Kak Rose said...

Nieza, sedap tp untuk yg x biasa ia sedikit muak! mungkin sbb santan kot.