Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 8, 2011

Bingka labu

salam dan selamat petang.... jemput minum petang dengan bingka labu ni.... semalam g tesco, tengok ada banyak sangat labu.... memula tu x de ingat nak bli, tp bila lalu kat situ asik terpandang2 je, last2 amik le juga sebijik.... ingat nak wat apam, tp tu lain kali lah.... kali ni buat bingka ni dulu... hah... sedap, makan sampai kenyang.... takut nnti angin satu badan lak...

selongkar rumah izah sbb ari tu nampak apam labu yg sangat comel tu, tp terpandang bingka ni pulak.... apam dah jadi bingka laks.... izah mekasihya kak rose kopi resepinya... macam izah jugak, kak ros buat separuh dari adunan ni.... tu pun dapat satu loyang... sapa nak tolong abeskan.... meh jemput minum sama..


BINGKA LABU
sumber: cik mat gebu@ myR
sumber: Kak Zana

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Resepi separuh saya: kak rose ikut resepi izah yang dah diseparuhkan ... (ada ke perkataan ni?)

2 biji telur M * ikut kak Zana
250 ml santan segar
100 g tepung gandum
90 g gula halus
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
250 g labu lecek
1/2 sudu besar butter * saya tambah ikut kak Zana
Bijan secukupnya untuk topping

Cara-cara
* saya ikut cara kak Zana - kak rose pun.

Blend labu rebus bersama santan, gula garamdan esen vanilla hingga halus. kemudian masukkan telor dan tepung dan butter, blend lagi hingga sebati. tuang dalam loyang yg telah disapu minyak, tabur bijan.

steps ari ni, nak gak tepek kat sini.... pagi ni cuaca redup je... jalan pun x rasa penat, on de way balik tu kak rose jalan kat kawasan perumahan ni, ternampaklah banyak bunga disepanjang jalan tu... esok nak bawak camera, leh la nak shoot gambar munga2 tu... agak2 rajin x esok nak bawak kamera tu?

16 comments:

Mas said...

dari rumah ijahhh tengok lepat labu...
ni nak ngendeng bingka labu akak lak...he..he..

izahdaut said...

akakk..banyakkan setengah adunan pun.hari tu cik abg tapau separuh gi opis. tu yang habis tu.kalau kami je memang tak larat juge nak habis. tapi memang sedap..akak..akak mencetus inspirasi nak turun kalori.tapi asik takat 30cal je kaki dah lenguh ngayuh.huhu

Nieza said...

wahh ramainya melabu...sedap tgk bingka ni kak rose tapi nieza ni labu mkn sedap tapi siap angin abis satu bdn adehh tu yg susah nk mkn labu tu.tapi kalau ada dpn mata belasah juga hehe

Kak Rose said...

Mas, kak rose baru siap bingka, izah dah kuor resepi baru lak...ishhhh...

Kak Rose said...

izah, kak rose nyer separuh dah bagi kat jiran sebelah... rezeki derang la...

meh kita pakat2 jalan pepagi... bakar kalori bingka labu nih!

Kak Rose said...

Nieza, kak rose pun takut gak angin satu badan, tp nak makan punya pasal angin tu blakang kira la...

cik cek said...

Kak Rose...tgk rupanya je dah tau sedap...nak2 hasil air tangan kak rose....sana sini cek p jenjalan sume menu labu....memang byak menu masakan org kita ni kan...

suri solehah said...

salam kak rose..huhu..suri hanya mampu melihat bingka itu dengan liur yg meleleh...

Kak Rose said...

cik cek, kak rose ni masak yg senang2 tu bolehlah... tuk makan sendiri... sedap bingka labu nih!

Kak Rose said...

suri, nnti kalau ada labu tu bolehlah mencuba...

tun_telani said...

aduh... kak rose.. tun blom habis teruja tgk kuih abok2 tuh, akak dh tayang bingka labu..

Kak Rose said...

tun, nampaknya kena la wat sendirik kalau nak makan... he he he

ainnoraini said...

ade bingka labu...sedap tu...


dulu2 pernah jugah buat tapi lembik n lembut la pulak...nak makan kene gune sudu tu...

Kak Rose said...

ainnoraini...kak rose ikut 1/2 dpd resepi ni elok je jadinya...sedap lak tu...

hana said...

salam rindu kak..
kangen karo masak2 konco ne.... la nih oven lum sempat panas... duk jelin2 dah berpuloh kali tp tak on on jugak! hihihihi....

Kak Rose said...

hana, kasi rehat puas2 dulu itu oven... pas ni pasti keja keras lak kan....