Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 2, 2011

Kerabu sotong dan suhun

selamat tengahari dan selamat berhujung minggu semua.... pg td g pasar tani kat sek 17 tu, tp g pun dah lewat.... dalam 9.30 cam tu, tp banyak gerai macam dah x de barang.... ni 1st taim g sbb selama ni x tau yg ada pasar tani kat situ.... yg taunya kat stadium tu je la.... pasar tani kat stadium tu kalau lewat g alamatnya mmg payah sangat nak cari paking.... ramai sungguh umat manusia kesitu setiap hari ahad.... kat sek 17 ni kecik je pasarnya dan x banyak pilihan.... yang banyak gerai jual makanan.... cuma dapat bli pisang je.... pisang emas yang sangat dicari pun nan ado... bli pisang berangan je. nak wat apa ek?

balik umah terus kuorkan apa yg ada.... sotong mmg banyak stok, bahan pun ada nak buat kerabu ni.... nasib baik cik google rajin carikan resepi ni, jumpa kat rumah nor secubit garam yg resepi asal dari kak liza dan ramai juga yg dah mencuba..... mekasih pada semua penyumbang resepi ya.... dankak rose nak tepek kat sini lak.... mintak izin ya.

close-up sikit.... sotong kurus2 , tu yg jadi cincin saiz kecik2 je....

KERABU SOTONG & SUHUN

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis (kak rose guna lemon, tu je yg ado!)
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb lupa nak beli la.. ish.. K.Nor ganti dgn carrot dan tomato (kak rose guna sekuntum jer...)
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air

5 comments:

Cendana Kasih said...

akak....terliur sungguh tengok kerabu ni..fuh..pasti sedap...salin respi dulu laa...nk cari cik sotong dulu :)

Kak Rose said...

Noorma, sesekali buat cam ni sedap lak... ratah jer sbb kak rose buat x pedas!

Nadia said...
This comment has been removed by the author.
Nadia said...

masa masukkan sotong dalam kuali tu, tak letak apa2 ke? tak terbakar? thank you for sharing.. saya ni tak pandai masak tapi nak belajar...

Anonymous said...

tak akan terbakar pun sebab sotong tu mengeluarkan air :) api perlahan lah sikit nanti. okla nk belajar dari tak pandai tapi malas nk belajar masak..:D