Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 29, 2012

Kuah kacang

salam dan selamat petang.... tetiba hari ni teringin nak makan nasik impit dengan kuah kacang ni... macam2 jer tekak ni nak makan kan? terpaksalah merajinkan diri melayan tekak yang masih terbatuk2 ni. macam2 jer hendaknya. tp yalah penat2 memasak tp bila nak makan rasa loya tu pun ada lagi.... makan sket jer pun x abes dah!. resepi kuah kacang ni kak rose cnp dari rumah kak hanieliza yg menggunakan x banyak bahan.... banyak versi kuah kacang ni dengan penambahan berbagai2 bahan tp idok le kak rose terbuat sbb buat pun dengan bahan apa yg ada didapur jer....


Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras



Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


lunch kak rose hari ni..... nasi impit dengan kuah kacang

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam kak rose,

Sedapnya kak rose.. dah lama tak makan nasi impit kuah kacang ni..

Saya mohon share resipi ye

HomeKreation said...

Salam KakRose cayang. Takleh dok lama2 sbb takut kang tak kuat iman buka pose sebelum waktu lak kang...hehe. Nasi himpit peket byk kat dapo, ada sate beku pula, boleh ler kalau rajin buat nanti.