Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 22, 2012

Pulut gulung serunding

kesian rumah ni, makin lama makin terbiar bersawang nampaknya sbb tuan rumah ni sangatlah malas nak mengemaskini kan.... x berapa sihat pun ya jugak, tp yg banyaknya malas la tu.... x sihat sbb sakit tekak dan batuk2 sket jer pun, tp tangan pun jadi malas nak mengetuk kibod.... boleh cam tu? tp yang pasti makan x pernah nya malas pulak kan. dan pulut ni kak rose buat 3 hari lepas, nak jugak tayang kat sini pulut gulung yg sememeh ni..... pernah tepek kat sini dulu, resepi dari citarasawan, dan ramai jugak yg dah mencubanya. mekasih ya. sekali lagi kak rose kongsikan kat sini.

Bahan-bahan
  • 300gm beras pulut
  • 100ml santan pekat KARA
  • 100ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sedikit pewarna kuning
  • Serondeng Daging atau Ikan Kak Wan beli yang dah siap (kak rose guna serunding ikan)

Cara-cara
  1. Rendam beras pulut semalaman bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning. Toskan dan masukkan ke dalam loyang bersama santan, air dan daun pandan. Kukus selama 25 minit.
  2. Alas loyang empat segi dengan daun pisang (hana gune cyling film). Ambil pulut dan ratakan kedasar loyang dan taburkan serondeng tadi ke atas pulut.
  3. Gulung pulut seperti membuat swiss roll.
  4. Kaedah Lain : Alas Loyang dengan seaweeds dan gulung dengan kemas. Boleh juga guna bamboo mat untuk mengulung ala-ala sushi gitu..

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Mintak segulung.Dah lama kak ros nak jenguk dapur kita kan???

Qasey Honey said...

asslm Kak Rose...sedapnye tgk pulut seruding tu...nk mintak segulung jugak bleh x...hihi

Ilhamkreatif said...

salam kak ros...sedap nampak pulut kuning kak.Anak2 iza suka sangat ngan pulut kuning ni.Siap bergulung lagi,rajinnye...

Sari Yusa Ibrahim said...

sedapnya pulut bergulung dengan serunding, tiga ketul belum tahu cukup utk saya sorang tu, hehe

HALAMANKU said...

Rajinnyer kak... siap digulung kemas gitu.. senang tinggal ngap ajer he he he