Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 30, 2012

Salad limau bali

salad limau bali aka kerabu limau bali. ada pernah makanx? mungkin dengar pun x pernah kan.... ni lah hasil carian cek google yg sangat rajin tu.... tanyalah apapun dia pasti akan berikan jawapan dan terpulang pada kita nak terima x jawapan tu.... so kak rose pun ikutlah pada resepi yg diberikan ni.... sebenarnya limau bali ni pemberian kawan yg baru balik dari kampung..... dah puas meratah x terhabisnya. tu yg soh cek google carikan resepi ni.... meh kak rose sharekan resepinya yang kak rose cnp dari sini.....

Bahan-bahan

2 camca besar Kacang tanah panggang, dicincang
1 camca besar Bijan, digoreng kering


A
300 g Limau bali, dikupas & dijuring
2 batang Bunga kantan, dihiris halus
3 batang Serai, dihiris halus
4 Bawang merah, dihiris halus
3 batang Daun ketumbar, dihiris halus
4 Cili padi, dihiris halus


B
1 camca besar Minyak masak (kak rose skip yg ni)
2 camca besar Gula atau secukup rasa
2 camca besar Jus limau nipis
2 camca teh maggi secukup rasa
½ camca teh Lada sulah atau secukup rasa

Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk, campurkan bahan A dan bahan B, gaul mesra.
  2. Taburkan kacang tanah cincang dan bijan.
  3. Hidangkan segera.

7 comments:

Ibu Darwisy said...

adeh, terliur la kak rose ;)

faa.rosli said...

nak kene try ni..unik unik..nmpak sedap..hihi

quinnie said...

wahh menarik la kak...boleh buat salad juga limau bali ye..:)

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, this one of the best salads I've ever seen. Looks really delicious.....
Very unusual too, but very interesting.
You are good...impressive.
Best regards.
Lee.

~~zana@pb~~ said...

Limau barli favourite kakzana juga. Tapi apa maksud juring tu?
Tak pernah buat macam ni, makan dgn nasi ke?

Kisah Hati said...

kak rose, kerabu ni memang sedap. lagi best kalau guna limau bali warna pink tu. warna lagi cantik. saya makan macam tu je.

nadilah said...

Sedap nyer..first time dengar..nak cubalah ..