Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 27, 2012

Kerabu tauge n daun selom

kerabu untuk lauk lunch tengahari tadi. ni kes semalam g pasar malam n ternampak ulam daun selom ni sangatlah segar2 so just amik je la seikat, bolehlah buat kerabu.... bila dah bli selom tu tauge pulak x de jual kat situ. pagi ni pas g bekpes teruslah singgah kat pasar sek 16 tu, semata2 nak cari tauge n kelapa putih. nasib baik ada banyak la pulak.... jadilah kak rose punya kerabu togeh n selom ni...

resepinya dari An kak rose tepek kat sini sekali lagi ya.... mekasih An dan semua yg pernah share resepi ni.


Resepinya: Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kak rose guna seikat 70 sen tu) - hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris
**5 biji cili padi (kak rose buh 2 biji jer)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti ngan pati ikan bilis)

***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

2. Sedia dihidang.

*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

6 comments:

Subhie Arun said...

lama tak makan....kerabu..!

sedapnya

Bicara Kak Noor said...

sedapnya kerabu akak pun lama jugak tak makan sbbkalau buat mesti sorang je yg makan,tapi kalau balik kampong mesti menu niyg akak minta buat sedappppp

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, I suka ni. Da tentu tiga pinggan nasi lichin. Looks sooooo sedap delicious.
I love how you mixed it.....
Ini makan nama mak pun rosak as upbringing might be involved, ha ha ha, bila makan tiga pinggan.

Psssst, I copy gambar ni, boeh?
Okay, outang you teh tarek lambong tinggi.
How many I already outang you? Ha ha ha.
Have a nice week, jangan lupa tu chilli merah lipstick.
Lee.

Kak Rose said...

Subhie, kalau ada bahan nnti bolehlah mencuba ya...even u're thousands miles away, tp masih boleh dapat bahan2 tu kat sana kan?

Kak Rose said...

Noor, kekadang nak melayan selera yg macam2 hendaknya ni payah jugak kan... tu yg kena buat jugak!

Kak Rose said...

Lee, I better advice u lo... dont forget ur upbringing just because this simple kerabu.... makan jangan sampai lupa nama mak ya!

waaa! lagi utang itu teh tarik lambong tinggi ya. jangan lupa!