Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 3, 2012

Permintaan Icha...

memenuhi permintaan icha- anak dara jiran sebelah rumah yg nak makan apam balik, kak rose merajinkan diri buatkan untuk dia.... first tunjuk camner nak masak pas tu serah kat dia sukati nak wat camner.... tp x teramik gambo lak yg icha buat nipis2 tu.... seronok tengok dia makan berkeping2.... x rugi membuatnya kalau ada orang yg nak makan kan.... resepinya kak rose masih guna yg sama pernah kak rose tepek dulu dari Ms Oreo@Myr. mekasih ya.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar (kak rose tambah butter jagung cream n gula)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

12 comments:

Miss Amateur Cook said...

kak rose kita pun pernah buat apam balik macam ni. actually housemate saya yg pandai masak tu yg pernah buat. hehe. duduk dekat perantauan dapat makan apam balik ni memang bersyukur sangat sangat. :D

Qasey Honey said...

asslm Kak Rose...wah sggh cantik kejadian apam balik tu...betul2 gebu...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Ros .tadi Ros pergi giant beli jagung manis.Ingat esok nak buat apam balik for tea time.Hee dah nampak kat sini lagir berkobar semangatnya.

Kak Rose said...

Aisyah, bila duk jauh mmg terasa sangat nak makan masakan tempatan kan... rajin2 lah mencuba ya.

Kak Rose said...

QH, buat sendiri mmg puas ati... letak jagung n kacang tu banyak2... tamak kan?

Kak Rose said...

Ros, g c4 ari tu teramik lak jagung manis ni... dapat jugak buat apam balik ni.... selamat mengapam ya.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam,

Saya tetamu baru, senang rupanya buat apam balik ni, nanti nak cuma lah.. anak2 saya kalau pergi pasar malam mesti cari apam balik. Mohon c&p resipi ye...

Sudi-sudi lah tengok blog kecil saya ye..

tun_telani said...

salam kak rose.. rajinnyer.. siap buatkan utk anak jiran tuu.. nk duk sblh umah akak jugak lah. hihi.. tun xpernah buat sendiri lg nih, kalau buat sendiri blh letak byk2 kacang ngan cream corn tu kan. sedap!

sis intan said...

salam ziarah...tertarik dgn resepi nak buat apam balik :)

Kak Rose said...

Nur Hayati, tq datang sini ... dan kita sharekan resepi untuk semua.... selamat mencuba ya...

Kak Rose said...

tun, kalau sorang mmg x terbuat... x de sapa nak makan nnti. bila ada yg nak makan jadi laju je buatnya!

Kak Rose said...

sis intan, kecanggihan teknologi... semua dihujung jari dan yg susah jadi mudah kan...