Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 6, 2012

Cucur badak


keledek yg dibeli badak pulak yg dapat nama.... juadah minum petang semalam, so tinggal gambo je la ya... tp tang saiz yang beso gedabak tu mmg padan lah dengan namanya. kak rose nak mencuba resepi cucur badak yg ada campuran tepung ubi dalam adunannya ni, sllu kan cuma tepung gandum jer... mmg sangat lembut walaupun sikit melekit2 masa nak membentuk tu, tp hasilnya sangat lembut gitu.... len kali boleh try lagi guna resepi ni.... dari Myr oleh quinnie, mekasih ya share resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini lak....

Bahan2 (anggaran 16 biji)
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt)
  • 1/4 cawan tepung kanji

  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
  5. cara buat inti
  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
  8. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh sapu minyak kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan. Insyaallah nanti senang la nak bentukkan.

12 comments:

Anonymous said...

salam kak rose, sedap tu cucur badak =)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.Rose
salam kenal
entah dari mana dtgnya nama cucur badak tu kan he he
tp apapun sy salah sorang peminat jugak cucur badak ni, selalu beli je dari sorang penjual kuih disini sedapp cuma alahai kecik comel sgt sekali ngap je hu hu
dpt wat sendiri alhamdulillah la, sy ambik resepi ye K.rose kot2 rajin leh try he he

Qasey Honey said...

asslm kak Rose...cucur badak ni QH suka yg intinye byk n pedas...hisss terliur sudah...sedap..

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose. Tadi tengok Noorsha pun buat kuih badak, mmg hari badak lah hari ni ya....hehe

kasihredha said...

lama tak makan ni kak
dulu suka buat

quinnie said...

terima kasih kak sudi cuba resepi saya..:)

Kak Rose said...

Tina, mmg sedap... makan hangat2 bersama secawan teh o...

Kak Rose said...

mama sara nur, salam kenal jugak dari kak rose ya n tq singgah kat sini.

mmg sekarang saiz kuih makin kecik2... buat sendiri baru puas hati... besar2 cam badak kan!

Kak Rose said...

QH, bila buat sendiri boleh ikut rasa tekak la kan... nak pedas, manis ke semua boleh kan..

Kak Rose said...

Along... hari badak ya... cuma x de kolam nya!

Kak Rose said...

kasih, bli pun ok gak... asal dapat makan!

Kak Rose said...

quinnie, mekasih jugak kerana kulit badak yg lembut ni... best!