Ayam panggang/bakar halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan Utama:-
- 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar minyak masak
- garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
- 4 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
- 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
- 3 tangkai cili merah
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
- Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
- Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
- Hidangkan bersama salad dan timun.
2 comments:
Datang nak ratah ayam je..tak payah nak masak nasi ya.
Salam Kak Rose...
saya ni pantang dengan ayam... pantang tengok ayam! Apalagi ayam bakar...ni samalah niatnya dengan Kak Ros di atas tu... nak ratah aje, tak mo nasik!
Post a Comment