Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 10, 2012

Nyonya kerabu telor

salam dan selamat pagi semua..... hai susahnya kalau orang buta it ni kan.... dari semalam lagi komputer kak rose ni x boleh bukak guna windows.... maklumlah dalam ni ada tiga os... mac, vista n window7..... sllu tu bila bukak je dia akan bagi pilihan yg mana nak guna tp sejak semalam dia terus je pergi kat apple yg paling kak rose x suka nak guna... x reti pun ya jugak. ni la padahnya kalau x nak explore something yg baru and asik nak stick to the old one... bak kata busu, mama ni old school la. memang betul pun, malas nak pk.... nak edit gambar2 pun punyalah susah pd kak rose yg x reti ni kan.... dan pagi ni cuba jugak.... dapatlah buat entry ni, wpun punyalah jauh nak cari gambar2 yg duk dalam window7 tu... nak guna komputer yg lain, bila cari dalam network x de pulak nama komputer ni.... masa ni lah semua x jadi, sllu tu bila bukak network ada je icon komputer kak rose kat situ..... mana lah dah ko pegi oiiii atau kak rose yg x reti nak cari! adoyaiiiii!!!!! ni yg pepagi dah nak naik angin satu badan nih! tukang betulkan komputer pulak dah g keja... kena tunggu dia balik nnti le gamaknya baru dapat guna window7 balik....

antara bahan2nya.... minus the eggs.

ishhhh!!!! pepagi dah merepek meraban marahkan komputer yg buat hal nih! actually nak cerita tentang kerabu telor yg sedap ni. buat untuk dinner petang semalam.... ratah gitu je pun sedap gak. sejak ada gegata tu, lama jugak kak rose x makan telor, sekarang ni dah ok boleh lah makan... cuma berhati2 je la.... kalau ada timbul lagi ubat pun dah sedia ada. resepi ni kak rose godek kat rumah CMG, mekasih ya mat.... tp kak rose x de daun salad nak hias cantik2 cam tu... biar x cantik dimata asalkan saaaaangat sedap ditekak. betul kan Mat?

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus) (kak rose x letak sbb x makan itu blachannn)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka.....
ni gamba yg pernah kak rose tepek dulu kat sini.... gambar pun boleh ulang tayang kan....

pssstttt... 1st time update guna os apple dalam komputer kak rose ni.... x suker! x suker!

18 comments:

Rohah said...

salam kak, tertarik saya dengan kerabu telur ni, lain dari yang lain

Qasey Honey said...

assl Kak Rose...aha la kan...tertarik dgn resepi ni kerabu telur ni...lain dr yg lain...QH nk amik resepi ni yer...

tun_telani said...

assalamualaikumm kak rose.. kecur air liur tun tgk kerabu nih.

Bicara Kak Noor said...

salam kak Ros,wah simple dimple je kan telur pun boleh buat kerabu kalau kreatif kan semua bahan2 dah ni nunggu mis R je lagi dtg ni hehee

Cik Puan Izan❤ said...

saya tak pernah mknkerabu telur... teringin nak cuba...

Watierman said...

Assalam kak Rose sedap ni..simple dimple jer ni...nak juga c&p nanti2 Kita nak try..TQ ya..in advance! nak cepat ni...

quinnie said...

menariknya resepi ni..buat ratah2 best ni..:)

Me said...

first time saya dengar menu nie...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..

Ermm kalau dah menu tu ada nama kerabu, semua naz like.. Sedapnya kak...

Kak Rose said...

Rohah, boleh la mencuba nanti ya...

Kak Rose said...

QH, mmg lain kan... silakan!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam tun... sedap taw.. cuba la!

Kak Rose said...

Noor, kerabu simple dimple yg sedap... meh kak rose tiupkan biar vit R tu datang cepat!

Kak Rose said...

Izan, resepi dah ada, boleh la mencuba nnti!

Kak Rose said...

Watie, silakan... kak rose cuma memanjangkan resepi CMG ni yg sedap ni.

Kak Rose said...

quinnie, betul sangat tu.... sedap meratah!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naz, kalau suka boleh cuba nnti ya... mmg sedap! bahan pun mudah jer kan..

zila 4ever said...

salam kak ros..pestime dgr kerabu telor..resepi best nie..leh cnp:)