Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 8, 2011

Nyonya kerabu telor

salam dan selamat pagi..... pagi ni kak rose manage to walk for 10k steps.... jauh tu, kalau jalan lurus maunya sampai KL dah... memang kena paksa diri kalau nak kan 10k steps/day tu... and buat lompat2 ala2 Jane Fonda in between.... (harap2 boleh dapat body cantik macan JF tu x?.... kalau takat hot2 ciken shit tu hampeh je... apa pun x dapat kan).... x pe la asalkan sihat pun syukur Alhamdullilah sangat2.....

masa g soromban ari tu Mak Long ada bagi bunga kantan yang cantik dan segar ni.... tima kasih daun keladi, esok len kali nak lagi.... terus je terpk nak wat nyonya kerabu telor ni...dah lama jugak x makan telor sbb nursing high colesterol tu. tp sekarang dah belasah suma sbb dah turun jadi 2.9, so bolehlah makan telor balik. tapi sendrik mau ingat la kan....

resepi kerabu ni kak rose amik kat rumah CMG yang sangat tera masak2 tu.... sangatlah sedapnya, leh ratah cenggitu jer.... kira kalau nak buat Atkin diet tu boleh cuba resepi ni....(minus the sugar la) low crab je. Mat seklai lagi kak rose cnp resepinya dan tepek kat sini ya...dulu pernah tpek gak kat sini.

BAHAN - BAHANNYA :-)

4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh sebijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan lemon)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus) (kak rose x letak sbb x makan itu blachannn)
(kak rose tambah potongan capsicum ijo)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka.....
Neng, tengok bunga kantan tu dah transform jadi kerabu yg enak tu..... bestnya meratah!

14 comments:

cik cek said...

Kak Rose...menu sihat ni...bolehla cek cuba nanti...:-)

Sally said...

Salam kak Rose..mengancam kerabu telur ni..nak tanya ni..dalam telur yg didadar tu ada masukkan garam tak?

ziey said...

comel jer telur tu bila dikerabukan..

tun_telani said...

asSalam kak rose.. nmpk mcm sedap. xpernah nmpk lg sblm nih.. nnti nk try lah ^^
ps: bagusnya kalan 10k steps sehari.. kagum lak. nk kene ikut gaya hidup sihat cmni =)

Mat Gebu said...

terima kasih, tiba2 macam terasa2 kat tekak pulak..huhu..

Ayu Safieza said...

adeh...bunga kantan.....telur....kerabu....seme Ayu suke...................mmm kak rose....simpan sebakol utk ayu k.....ngeeeeee.....lapor bnor raser ni!

Kak Rose said...

cik cek, silakan mencuba. sedap tau!

Kak Rose said...

Sally, ada buh untuk ada rasa... tawar kang x sedap lak!

Kak Rose said...

ziey, satu kelainan dari sifu masak2... tq to CMG yg keratip!

Kak Rose said...

tun-telani... kalau singgah kat blog CMG tu semua ada... macam2 leh cuba.

jalan 10k steps sehari tu mmg elok kalau diamalkan... untuk sihat tp mmg penat!

Kak Rose said...

Mat, tp x cantik macam mat buat tu... dengan set nyonya yg sungguh menggoda jiwa raga! rasa mmg mabeles. macih sekali lagi!

Kak Rose said...

Ayu, bunga kantan ada lagi... nak wat ape ek? nak terbangkan ke Doha rasanya jauh sangat... makan sendiri sudahlah... jahatnya kak rose ni kan?

Nieza said...

kak Rose, bagusnya akak jln tu...btw sedap tgk kerabu telur ni bubuh lak bunga kantan tu sure wangi jer..kat sini x ada jual tapi ada bawa dr Msia simpan frozen..nk guna kena jimat2...hehe

Kak Rose said...

Nieza... bagus jalan tu tp penat ya amat... sbb paksa diri tuk dapatkan 10k steps tu... ha ha ha lepak sesangat!