Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 3, 2011

Bubur som som

kenapa ek dipanggil bubur? padahal x de pun nampak cam bubur kan? cumanya dimakan dengan air gula. buat td tuk minum petang. makan sejuk2 memang sedap pad ayg suka la... macam kak rose ni semua pun sedap... tu pasal susah sangat nak kontrol makan!. apa yg sedap semuanya bedal jer.

resepinya kak rose amik dari rumah hana yg asalnya ialah som som pandan... (nduk tengahpenat berkemas nak balik mesia ya? ) tp akk rose dah malas nak mesin pandan bagai tu yang jadi putih semacam jer... tp rasa ttp sama cuma kaler je yg bebeza... pernak jugak tepek kat sini yang versi pandan tu...

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

sedap... tu yang buat banyak kali dah... dan nak gak ulang tayang kat sini lagi...

14 comments:

Mas said...

lama dah mas tak buat bubur ni....
sedapnya..

Kak Rose said...

Mas, kak rose buat yg senang2 jer... yg penting sedap ditekak ni... tu yg buat berulang2!

m!sZ zAL!nA said...

terliuq.. meleleh2 dah ni

Ayu Safieza said...

Assalamualaikumwbh kak rose.....

mmmm mcm talam kuah.....sedaaaaaaaaaap nyer...err...tukar ngan sayur masak lemak bley kekanda....:)?

a'in fajar said...

bubur som-som disert wajib bg org jawa kat tempat ain masa kenduri arwah..tapi kami tak buat cantik mcm k.ros ni..hihihi

cik cek said...

Cutenya bubur som2 kak rose....emmmmm.....

tun_telani said...

sy x pernah makan!! haha.. kesian pulak..
kak rose meh dtg hntr kt saya sket..

izahdaut said...

dari hari tu lagi berkenan tengok som som ni...nak jugakkkk..banyak tu..lebih2 bagi la saya sikit kak..

Kak Rose said...

zalina, leh buat sendiri ni... senang je kalau ikut resepi tu!

Kak Rose said...

Ayu, meh nak anto ke Doha nih... jgn lupa bekas kosong isi ngan sayur lemak tau!

Kak Rose said...

ain fajar... tempat kak rose pun sama.. dulu2 pas kenduri mesti ada ni... tp sekarang x tau pulak... ada lagi ke orang buat?

Kak Rose said...

tun telani... x de keja sangat la tu... so buat kecit2 senang nak ngap!

Kak Rose said...

izah, ada lagi ni... meh kak rose anto ke tingkat 17... ada lif x? x dayo den nak manjat tanggo. cabut lutut kang!

Kak Rose said...

cik cek, terlebih rajin! ehhh betul ke?