Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 19, 2011

Kek gula hangus puan halimah

selamat malam dan selamt berhujung minggu…. petang tadi kak rose buat kek sarang semut ni dengan harapan yang sangat besar agar menjadi dengan elok..... kira puas ati jugak la dengan kejadiannya walaupun lubang 2 yang terbentuk tu kecik2 je…. yg penting ada lubang2 tu kan…. masa nak buat tadi memang sangat risau takut x menjadi…. tp Alhamdullilah, pd kak rose ni kira dah jadi lah buat orang keras tangan macam kak rose ni….. bak kata CMG kiranya kalau ada lebah masuk masih ada jalan keluar walaupun sempit!

apa pun ni percubaan pertama dan ada jugalah lubang sarang tu kan…. yg penting rasa dia la kan…resepinya kak rose copy dari blog resepi pilihan Diana, siap ada cara step by stlagi.....terima kasih ya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini pulak….

KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH
Sumber: Kak halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

nampak kan lubang2 yg kecik2 dan sikit je kejadiannya....

14 comments:

HomeKreation said...

Salam KRose. Cantik sgt dah ni, Along buat lagi kecik lubang nya... dah lama nak try respi Diana ni...tunggu nanti2.

Kak Rose said...

Along, alhamdullilah 1st try ni kira jadi la kan... tp nak kena tunggu perap lama tu yg x tahan!

Zla said...

As Salamm.Saya pun dah cuna resepi Kak Halimah ni,cuma saya tambahkan 1/2 sudu teh baking powder macam CMG cadangkan tu.Memang cantik sarangnya menjadi.boleh cuba lagi

Yat Maria said...

Kak Rose

tak taw la if I make this cake akan berlubang ke tak...kekadang ni bila kita nak like this, dia jadi like that..tapi one day ai nak cuba gak la..

Mas said...

mas suka kek gula hangus,
sedappnya..
lama dah tak buat...

tun_telani said...

assalamamualaikum kak rose ^^

sedapnyer! cantik je sarang2 dia =)

Ayu Safieza said...

Kak Rose.....wohh kira dah ebat tu...Ayu pun tak penah wat kek gule hangus ni....mmmm lapor la pulak tgok kek kak rose ni n buat Ayu rase rindu kat kek gula hangus mak...

pssst: Maaf Kak Rose....lama tak jejak jenjalan sbb busy.....ni baru lega sket......

Kak Rose said...

Zla, tq for the tips.. len kali kalau buat lagi boleh guna tips ni...

Kak Rose said...

Yat, kak rose pun cam tu jugak... kekadang yg kita nak sangat turn out to be otherwise kan...

Kak Rose said...

Mas, kak rose pun ni 1st tai buat... mmg sedap wpun x de lubang banyak sangat tp still kak rose puas ati la kiranya! vangga gitu!

Kak Rose said...

tun, kalau tengok sifu2 masak diluar sana lagila cantik2 sangat. tu yg nak cuba try test tu.

Kak Rose said...

Ayu, rindu kek mak ya... meh kak rose kasi bau, nak x? tp x lama lagi nak balik dah kan, leh lah asked ur mum to bake it for u.... atau kalau nak rasa sekarang,wat sendirik! he he

Bee said...

sedap kak rose kek nih, rasa dia klasik gitu...hehehe, nak buat gaklah...tgh dok fikir2 nak buat apa ptg nih, nampak kek ni terus terguda!!!

Kak Rose said...

Bee, selamat mencuba...