Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 24, 2011

Pengat labu


pengat untuk minum petang the day before yesterday.... kesian tengok labu tergolek dalam fridge x de sapa nak hirau.... bila buat pengat tu laju jer makannya, tambah pulak dengan sagu dan cha cha, memang ngam la....ada baki sikit lagi boleh sambung lagi pagi ni.... pebret kak rose nih makan sejuk2.... resepinya dari Myr oleh azizahmansor, cuma kak rose tamhab cha cha dalam tu...

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 1/2 biji Labu (bersaiz kecil)
  • 1 kotak Santan (saya guna santan M&S saiz besar)(kak rose guna santan fresh)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • secubit Garam
  • 2 simpul Daun Pandan
  • 3 sb Sagu (direndam sehingga kembang)
  • sedikit cha cha - yg ni kak rose tambah

Cara-cara

  1. Labu dipotong dadu dan dibersihkan
  2. Masukkan santan,gula,gula melaka,labu dan daun pandan ke dalam periuk (tambah air jika perlu).Nyalakan api dan kacau perlahan
  3. Tunggu sehingga gula melaka larut dan labu lembut. Masukkan sagu yang direndam.
  4. Masukkan secubit garam dan tunggu sehingga mendidih. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

labu yang halus isinya, makan sejuk2 pun best gak....

6 comments:

kasihredha said...

sedapnya kak rose...
suka tengok pics akak...cantikkk !!

Ayu Safieza said...

Kak Rose cayang!!!!

MMM my peberet ni.....lama noh tak makan pengat labu ni....sedapnye.......Ayu memang suke makan dessert yg berkuah2 ni...:)

Gambar ni cantiiiik!!!

Kak Rose said...

kasihredha, sedap pada yg suka makan pengat cam ni kan... pic tu guna camera cabuk je, dah pupus riwayatnya... no more in production..

Kak Rose said...

Ayu, dapat makan ni seperiuk boleh habis tau, hirup kuah tu. hmmmm sambung sampai ke pagi ni...

thanks for the compliment...bangga kamera cabuk kak rose tu!

ainnoraini said...

bile tengok pengat labu ni...tibe2 teringat kat anak no.3..mmg suke sgt ape2 yang dimasak dgn labu ni...mmg peberet ni..kak rose...

Kak Rose said...

ainnoraini... senang nak masak kalau anak2 suka makan kan...