Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 24, 2011

Sardine puff

salam dan selamat tengahari semua.... ni dia puff sadin panas2 baru kuor dari oben.... lama sangat dah tersimpan pastry ni sampai naik kejong dibuatnya. sementelah belum expire meh kita jadikan dia puff sadin yg sedap neh! tp biasalah bila membakar tu nak cepat masak je jadinya set la api sampai 220..... kejap je dah nak hangus atas dia terus tukar ke api bawah jer... ni la keja orang x sabar kan?

resepi inti sadin kak rose copy dari rumah CMG, tp mintak tolong sesangat jangan nak comparekan CMG nyer kerja tangan yg gebu tu dengan kak rose yg keras tangan ni... mmg macam langit dengan bumi lah end resultnya... tp rasa tetap sedap pada kak rose... yalah apa ada pada rupa kan? ( nak sedapkan ati sendiri la ni....) meh tengok resepinya...

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...
x sabar nak tunggu sejuk...panas2 dah kena ngap 2 ketul.... rangup sangat! ... brunch!

10 comments:

anymz said...

sedapnya kak rose,lama betul kita tak mengepuff..malas betul rasanya..

kasihredha said...

senangkan kak, bila ada "kawan" ni.
macam2 boleh buat...saya pun baru buat sardine puff last week :)

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak rose...

Kalau buat minum2 petang Puff ni sedapnya...kena dengan teh tarik kaw! kaw! hehehe

tun_telani said...

wahh... husband tun mesti suka nih.. dia mmg hantu bab2 kuih ada sardin nih..

Nieza said...

sedap la tu kak..nampak crispy jer...yg penting mkn sodap saya tak pernah cuba lagi cari puff tu tak jumpa pun lagi..hehe

Kak Rose said...

Anim, sbb pastry dan sadin dah ada tu yg terbuat... wat bekpes pg td..

Kak Rose said...

kasih, mmg sllu simpan stok kawan ni.. dulu dok langkawi x de menda ni, tiap kali balik bli stok banyak2.... macam nak berjual jer...

Kak Rose said...

Lin, buat tuk bekpes sampai keminum petang pulak...

Kak Rose said...

tun, kena simpan stok sadin banyak2 lah cam tu...

Kak Rose said...

Nieza, ala cian nyer x de 'kawan' tu... nnti balik mesia leh gasak bli banyak2 ya...