Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 15, 2011

Udang tiga rasa

salam dan selamat malam... tentu semua dah dinner kan. ni lauk kak rose masak untuk makan malam tadi. mulanya tersangat malas nak masak tp bila terpandangkan resepi udang tiga rasa CMG ni terliur la pulak...(tahniah Mat. dah glamer gitu, wpun yang nampak hanyalah pewoot n jari2 gebu je dalam 1tube tu...kak rose tumpang gembira...) so dengan rajinnya terus sediakan bahan2 yang x lengkap tu untuk masak udang tiga rasa ni.... capsicum cuma ada yg kaler ijo jer, tp x kisahlah kan asal bahan yg lain semua ada.... dan rasa sangatlah ummmppphhh! sedapnya! mekasih ya mat share resepi udang ni dan kak rose nak mintak izin kongsikan disini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 udang sederhana besar (mat guna udang kaki merah)
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji (kak rose x de ni)
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji (yg ni pun x de!)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos (mat guna sos cili thai)*
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
  3. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....
sbb x amik nasik, kak rose meratah udang dan pelakun tambahan je. hmmmm sedap! len kali leh wat lagi nih!

6 comments:

K.Nor said...

mmg sedap!! nor pun dah buat aritu :)

Nieza said...

sedapnya! harus dicuba ni kak rose ..:)

Kak Rose said...

Nor, mmg x rugi mencuba kan?

Kak Rose said...

Nieza, nnti dah cuba mesti nak wat lagi. mmg sedap!

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Rose...

Melengkau2 udang tu...sedappppnya....boleh cuba ni!

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

kak Ros make sure esok exercise.Kalori tinggi tu................hi hi hi makan le selagi selera ada kan.