Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 7, 2011

Cendol tepung beras

selamat petang dan salam.... kan dah kata teringin nak makan cendol.... musim panas ni semua yang sejuk2 je yang diidamkan.... dan kali ni kak rose buat cendol guna tepung beras. dulu pernah gak buat cendol ni tp guna tepung jagung. so yg ni try resepi lain lak.... memang lain rasa bila guna tepung beras ni, pas tu wangi bau daun pandan tu lagi lak... x sempat sejuk dan x sabo nak minum....resepinya kak rose kopi dari rumah ena-zarina yg duk jepun tu. machi ya dan mintak izin kak rose nak tepek kat sini...

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Beras teksturnya lebih lembik dan mudah hancur tetapi rasanya sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.

nyaman rasa dapat minum cendol yang sejuk2 ni... x yah dah nak g kat mamak tepi jalan tu lagi.... segelas beso tu sekali ngadap je dan nak tambah lagi.... kalau kat mamak mesti malukan nak mintak tambah?

17 comments:

cik cek said...

Aduhai! Kak Rose ku....rajinnya buat cendol bagai...cek selalu beli je...he he...susah tak buat dia ...nak jugak try....tapi tak taula bila agaknya....

Fiza Nordin said...

k rose, bagusnye!!! ujung minggu ni nak buat talam cendol, mehla semangkuk besau cendol hahahaaa

*camne ruper acuan cendol kak....?

tun_telani said...

sedapnyer cendol kak rose.. last time sy wat cendol jd mcm x masak.. bila lama2 dlm air dia mcm terlarut (malu btol sbb time tu hntr ke surau.. huhu).. nnti sy try wat yg ni pulak =)

Kak Rose said...

cik cek... rajin sbb nak makan... dah berhari2 ngidam nih! so dah lepas lah kempunan tu

Kak Rose said...

Fiza, kak rose dah belasah 2 gelas beso tu.. pas tu makan ngan air gula je pulak... betul2 macam lepas gerammmm!

kak rose x de acuan...guna senduk yg lubang2 tu jer...

Kak Rose said...

tun_telani... kena kacau sampai berkilat dan letup2 tu kot... insyaallah menjadi dan yg paling penting, sedap!

hana said...

kakkk.. wes ngences kiii..kepiyeh kiiii? huhuhu.... aritu kakjo ader bg resepi cendol tk gune kapur..tpg beras ngan air je..tp tk buat gak..hihi

Anna Qawina said...

sedapnya air cendol...mamak!! cendol 2, air gula kasi lebeh...hehe..pagi kak...

eina said...

kak rose..oo lepas geram ekk..hehehe..ni eina nak tya sikit..kalau kat umah eina xde acuan cendol tu nak buat camne ek?

Kak Rose said...

walllllah nduk, jikok iki sapu tangan gae lap ngences! nyang gone mamak je lah!

Kak Rose said...

Anna Qawina,ari ni mamak tutup kedai gerai la... nak g jenjalan. so cendol tu kena wat sendirik ya!

Kak Rose said...

eina, kak rose pun x de acuan cendol ni... guna apa je yg ada lubang2! kak rose guna senduk jer!

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh Kak Rose...ngeeeeeeee.....same lah kita...ayu guna tapak steamer kat sini ari tu wat cendol...oooo sedap tu kak.....by the way last entry Ina tu dah lama sgt dah...popia basah rasernye......ke mana ye Ena meng ilang....just wonder...:)

Kak Rose said...

Salam Ayu, wah lagi keratip tu.... tapak steamer kak rose lubang beso2 nnti kuor jadi gumuk2 la cendol tu...

mmg Ena tu dah lama x update blog, n ramai jugak yg dah menghilang kemana tah... ijah bangkok, watierman, ain... rindu sama derang!

mamawana said...

Sedapnyer cendoll...mama nak belajar wat nih. tq.

Kak Rose said...

mamawana.. sila2... abesla mamak boleh gantung mesin kisar ais tu!

Anonymous said...

Tepung beras cap apa