Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 23, 2011

Ayam goreng oat

x tau nak masak apa untuk lunch td... sudahnya kak rose kuorkan dada ayam n potong2... teringat ciken popcorn yang ramai dah buat tu.... tp x dak pulak bread crumbs, malas lak nak bakar roti bagai nak buat bread crumbs tu... last2 tengok kat rumah izah ada yang salut oat ni... apa lagi terus lah mengopi resepi ni.... tp kak rose dah potong ayam tu terbeso2 pulak... patutnya bite size je... baru nampak cun macam yg izah buat tu....

meh tengok resepi yg kak rose kopi dari rumah izah, mekasihya... jugak untuk hana dan mas kerana share resepinya.... dan mintak izin nak tepek kat sini lak...

Ayam Goreng Oat
Sumber : Kak Hana & Mas


Bahan :
6-8 ketul drumstick @ bhgn lain - Mas & izah guna kepingan dada ayam yg dipotong2
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
lada sulah@serbuk cili
garam
2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
1/2 biji telur


Untuk Saduran :
oat secukupnya * saya tambah nestum


Cara :
Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.

taraaaa... dah siap! n my lunch hari ni....meratah ayam goreng oat ni dengan salad dan brokoli celur! makan 3 ketul dah kenyang sbb potong beso2... kes nak cepat siap keja.... pastu leh ngadap pc!

16 comments:

izahdaut said...

kak rose..memang patut nya buat beso gini..nampaklawoje salut nyer tu..sedap sedap

Kak Rose said...

izah, oh... ye ker... tp kak rose lagi suka kalau potong kecik2 sikit.

Mas said...

memang sedap ayam oats ni...anak2 mas pun suka..

Eiza said...

wah sedapnye..tgk gmbr pon da rasa sedap.. blik kg nnt mesti cuba... eiza mintk resipi yer...hehe

tun_telani said...

sedapnyer! tun mmg suka salut dgn oat. nk sedapkn hati sbb mkn ayam goreng byk2, salut oat dgn harapan dpt turunkan koloestrol dia. hihi

Kak Rose said...

Mas, kalau potong kecik2 lagi sedap agaknya... pada kak rose ler..

Kak Rose said...

Eiza, blk kg baru nak wat? nway selamat mencuba ya.

♥LOVE2COOK♥ said...

Mmmmm yummy...scrumptious chicken bites! Nak tapau kak...;)

Kak Rose said...

tun, makan oat mmg baik... kolesterol kak rose leh turun dari 4.3 to 2.9 dlm masa 3 bulan... makan oat n minum susu omega tu!

Kak Rose said...

Love, I know u mesti suka ayam goreng ni... mmg sedap tau!

Bee said...

hehehe..resepi ni dok beratur lg, lum sampai turn..!!!

Kak Rose said...

Bee, bila sampai turn jangan langkau pulak.... kesian dia lama menunggu!

Nieza said...

salam rindu kak rose!!..haha lamanya tak singgah sini byk dh terlepas n3 sedap2 ni...sedap nampak ayam ni dh pernah buat dh dulu tapi tgk kat sini rasa mcm nk buat lagila...jap nk pi cari ayam dulu..hehe

Kak Rose said...

rindu kat nieza gak... g jenjalan x ajak kak rose ya? meh buat ayam goreng ni, cicah sos cili. best!

bintangjauh said...

Salam Rose, ya ampun ..dimana rose selitkan masa masak-memasak + mem-baking lagi, pusing Ratna pabila memikirkannya!

Seperkara lagi ya Rose, cara Rose me-display-kan itu hidangan teramat menyambut selera, Ratna balas di-entry ini kerana yang diatas itu serasanya nak menangissss! Lagi-lagi pengat labu/bubur labu bertemankan sago sememangnya manisan minum petang kegemaran Ratna, terkenang kembali kepada Moyang Ratna.

Bravo Rose! punyai masa dan pandai mengisikan masa dengan menghidangkan masakan yang menambat mata dan selera lagi. Mengapa Ratna jauh!!!!!

Salam manis manis madu.

note: pabila membaca tulisan ayatan Rose Ratna pasti tersenyum simpul atau ketawa sorang-sorang, senang dengan cara Rose berseloroh kelakar yang bersahaja itu, natural lagi.

AkUiStInI3 said...

kak rose...pas ni sy nak try resepi ni lak..simple n nmpk sdp..