Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 17, 2011

Baby siew pak choy simple

wat sayur senang ni untuk lunch tadi.... masak ala2 macam masak pak choy ngan sos tiram jer. tp kak rose gorengkan bawang putih dan tabur atas sayur tu bersama dengan bawang goreng... wangi jer bau bawang putih goreng tu. kak rose ratah macam tu je sbb x amik nasik... nak kasi BMI ideal konon!... sikit lagi nak sampai target, tp yg sikit tu yg sangat payah.... sooo near yet sooo far..... as if it's beyond reach.... tolong!!!! tp x pe esok g briskwalk lagi, n pagi ni jalan and manage to walk more than 10k steps dan kalau plus jalan dalam rumah mesti dah lebih2 kan....

anyway, this simple baby pak choy recipe kak rose amik dari Myr... oleh diaryme91. terimakasih ya dan kak rose nak tepek resepinya kat sini pulak..... mmg senang sangat nak sediakannya.

Bahan-bahan ( 3 org )
  • 3 rumpun siew pak choi (kak rose guna baby pak choy)
  • 3 sudu atau lebih sos tiram
  • sedikit kicap masin
  • air untuk mencelur
  • 1 labu bawang merah yang kecil (mayang)(guna bawang goreng je... senang)
  • (kak rose tambah bawang putih goreng)

Cara-cara

  1. rebus air sehingga menggelegak
  2. sambil tu campurkan sos tiram dengan kicap dan kacau2 (kak rose tumiskan bersama bawang putih)
  3. bila air dah siap,pegang daun sayur dengan pengepit dan selam bahagian bawah selama beberapa saat.
  4. celur daun jangan sampai kecut.potong sayur kecik2 ikut kretiviti
  5. susun sayur elok2 atas pinggan dan siram campuran kicap tadi
  6. untuk bawang,boleh tumis atau guna sahaja bawang goreng yang da ade dalam paket.tabur atas sayur
  7. siap!boleh makan ngn nasik putih atau bubur atau ratah atau ape2 aje..nge
abang's request nak makan dengan nasik goreng bodo2 dengan ikan bilis goreng garing.

8 comments:

Mas said...

sayur pak choy + sos tiram mmg sesuaii sangat :) simple resepi tapi sedap ;-)

Ayu Safieza said...

adeh, dah 70K ni ayu rembat lari, kejor entry kak rose ari ni.....argh...huh hah huh hah......

Pak choy.....mmm leleh air lior la kat sini nak carik...sob4!!!

Kak Rose said...

Mas, mmg simple yet so nice. nsk masak pun kejap jer

Kak Rose said...

Ayu, kak rose pun x terkejo en3 ayu.. guna jet turbo ya, laju sangat!

jangan nanes ya... g cari, masak cepat2 n makan cepat2 jugak!

tun_telani said...

assalamualaikum kak rose..
sayur best tuh.. biasa tun goreng je ngan sos tiram tuh. wat kuah2 sket. sedap!

Kak Rose said...

tun-telani, asalkan sedap ditekak semua boleh

Nieza said...

kak rose, nieza pun suka sayur pak choy...nk kena ikut kak rose diet gak la bmi dh terlbh dh ni kak..gerun jer nengok..hehe

Kak Rose said...

Nieza, dekat 2 minggu x amik nasik dah turun 2.7kg... suker sangat. BMI dah normal balik... jom join!