JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.
Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.
Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.
Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.
Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.
Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu. Walalhualam
muga kita mendapat sedikit sebanyak pengajaran dari artikel ini.....
5 comments:
Salam Kak Rose:
nice info, tq share.
Salam Kak Rose tqvm kerana berpanjangan ilmu yang dikongsikan.. semoga memanfaatkan ilmu bersama...
good info. tq for sharing
thanks kak Rose info yang baik utk sama2 kita renungkan dan beramal dengan nya..
Terima kasih Kak Rose kerana sudi berkongsi info dengan kami.
Post a Comment