Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 18, 2012

Jangan - Ustaz Don

Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu hari yang mulia pada semua.... harap semua dalam lindungan Allah jua hendaknya disamping menjalani rutin kehidupan seharian. hari ni kak rose nak share satu artikel yang kak rose baca dari satu blog ni.... pada yang sudi bolehlah kita jadikan sebagai panduan, kadang2 benda yang kita anggap remeh tu la yang menjadi pengajaran sangat berharga buat kita sebenarnya.... dari Ustaz Don, siapa yang x mengenalinya kan.....

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.

Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.

Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu. Walalhualam

muga kita mendapat sedikit sebanyak pengajaran dari artikel ini.....

5 comments:

asyifamustaffa said...

Salam Kak Rose:
nice info, tq share.

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose tqvm kerana berpanjangan ilmu yang dikongsikan.. semoga memanfaatkan ilmu bersama...

IdaShazana said...

good info. tq for sharing

Unknown said...

thanks kak Rose info yang baik utk sama2 kita renungkan dan beramal dengan nya..

Nur-nba said...

Terima kasih Kak Rose kerana sudi berkongsi info dengan kami.