Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 27, 2012

Ayam kandar

menu tengahari semalam..... buat setengah ekor je pun x abes makan dan leftover dalam fridge pun dah ada bermacam2.... sapa lah pulak nak tolong ngabeskan tu kan? kalau simpan dalam freezer pun ok gak kan, len kali nak makan tinggal panaskan jer.... instead of simpan dalam fridge je lama2 nnti jadi x elok dah! x baik membazir kan dan senang jugak kerja len kali sbb dah ada menu yg tinggal panaskan jer.

ayam kandar ni mmg sedap, terasa makan makan lauk nasi kandar tu, (tetiba teringat lak nasik kandar line clear! huh?) cumanya x de le berkandar lagi ayam ni... kalau nak mudah kerja, gorengkan ayam dulu separuh masak dan ikutlah step seterusnya, tp kali ni kak rose x goreng ayam tu jadi memasaknya pun lama sikit dengan api perlahan supaya ayam betul2 masak.... resepinya dari hana dan kak rose kongsikan sekali lagi.... pernah buat kat sini jugak.

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
  • (kak rose tambah 1tsb serbuk cili)
Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

5 comments:

Si Matatajam said...

1st time M dengaq pasai ayam kandar, Selalunya nasi kandar je. He he sedap pulak. Nak kena try ni

~~zana@pb~~ said...

simple je kakrose kan? mesti bebudak suka....anak kakzana tu susah beno nak mkn ayam, pening kepala mikir masak utk dia.

Nieza said...

Assalam kak Rose, sedapnya tgk ayam kandar akak ni..saya suka:)

miss candy said...

sedap sgt nmpak..bleh try ni ;)

juju said...

Salam kak rose...sy dah try resepi ayam kandar kak rose tunjuk ni mmg sedappp...betuii x tipuu best sgt2.....kak leh tgok kat blog sy hasil resepi akak tuuu ok..silee lee dtgg