Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 8, 2012

Ayam masak bali

salam dan selamat berhujung minggu semuanya.... masak apalah agaknya kengkawan2 untuk hidangan keluarga hari ni? semalam seharian kak rose gantung piok belanga, tengahari tu g kenduri jiran setaman dan malam lak g ronda2 dan makan kat luar je.... senang cerita kan...

so hari ni kak rose buat ayam masak bali ni untuk lunch. rasanya lama dah x wat dan mengulangtayang resepi yang sedap ni kan. resepi copy dari rumah Nor secubitgaram dan penah jugak kak rose tepek kat sini..... untuk yang ingin mencuba, meh kak rose kongsikan lagi kat sini.

AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah ni....

9 comments:

*Nor`Aine n Nor`Ainun* said...

wahhh...sangat terliur=))

saya masak Sup sayur je hari ni,
dok bujang arini,
malas masak..

Bole cuba pasni resepi=)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Rose teringin la nak buat ni untuk makan malam tapi tak ada daun limau purut la pulak...

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak rose,
selamat petang... nani tengah hari ni makan laksa.. smlm masak cam biasa, kak rose best ar, ada kenduri, nani kali ni tak dapat panggilan kenduri kat mana2 pun.. tapi bulan 1 ni raya cina time ada la kat kampung, sepupu kawin.. hehe.. leh la makan nasi kenduri.. :) nyum nyum.. sebenarnya nani suka nasi kenduri tau.. sedap.. nani suka makan acar buah.. :D hehe

sedapnya ayam masak bali tu.. tadi sblm tau asben nak wat laksa nani ingat nak goreng ikan kering duri ngan bawang dan wat masak lemak labu kuning.. tapi dah asben wat laksa.. tak jadi lah.. nanti banyak2 makanan tak abis membazir lak.. tunggu malam2 nanti atau esok pagi plak.. heheh

faa.rosli said...

cam sedap je..den nak torai..

Kak Rose said...

Nor Aine... sup pun sedap gak masa cuaca panas2 ni...

Kak Rose said...

Ros, x pe, nnti cukup bahan boleh la try ya.

Kak Rose said...

Nani, setiap hujung minggu ada je kenduri, tu yg gantung piok belanga!

sedapnya laksa... lama x makan!

Kak Rose said...

faa.rosli, cubo jangan x cubo. sodap nih!

izahdaut said...

memang suke ayam masak bali ni. sedap