Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 20, 2012

Gulai daging + belimbing buluh


salam Jumaat yang mulia.... sejak dapat belimbing buluh for free kat tepi padang tu, teringin lak nak makan masak lomak ciliapi daging dengan belimbing buluh ni.... tp kalau ada daging salai lagi la terangkat gulai daging ni kan... typical negeri sembilan punya masak lomak ciliapi.... pokat n podeh! tp kak rose ni malas lak nak buat salai daging tu bagai.... resepinya kak rose amik kat sini. mekasih ya....

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging (disalai dan dipotong nipis) (kak rose x salai pun)
  • 10 biji cili padi (dikisar)
  • 2 sm kunyit hidup (dikisar)
  • santan kelapa (santan daripada 1 biji kelapa)
  • 1 biji mangga muda (dihiris nipis) atau beberapa biji belimbing buluh
  • garam secukup rasa
  • 2 batang serai diketuk (yg ni kak rose tambah)

Cara masakan :

1. Kecutkan daging salai di dalam periuk dengan cili padi dan kunyit hidup yang dikisar sampai airnya kering.

2. Setelah itu masukkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyaknya. Biarkan mendidih seketika.

3. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan mangga muda ataupun belimbing buluh.

4. Biarkan ia masak dan angkat.

makan dengan nasik panas2 dan ikan kurau masin goreng.... hmmmm sedapnya!

9 comments:

izahdaut said...

sedapnyaaaa.. teringat makan gulai lomak kak anim pure negori. daging salai ngan belimbing. masyaAllah. sedap. pun musuh diet ni kak rose. haha

Unknown said...

kak rose, tumpang lunch sini boleh?..haha akak dah nk minum ptng saya baru nk lunch sure dah abis kan. suka msk lomak ni:)

Chah said...

Oh tidakkk...penuh air bwh lidah!!

intandayani said...

alamak fevret lagi la..asal daging lagi2 masak lemak camni memang terliur la...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros tak tahu knapa setiap kali masuk sini tak ada tempat nak tekan untuk komen.So asyik2 tak boleh komen.Now kita main tekan je ..sorry ya.Gulai tu mengancam le....

Kak Rose said...

izah, musuh diet yang sedap.... jd lupakan dulu diet tu ya....

Kak Rose said...

Nieza, boleh saja.... sedap makan dengan goreng ikan masin

Kak Rose said...

Chah, boleh lah masak cuti2 ni.... kalau daging salai lagi la mengancam!

Kak Rose said...

Intandayani... silakan mencuba musim cuti panjang ni... menambahkan lemak2 dibadan!

P Ros, entahlah, kak rose pun x tau kenapa tetiba jadi cenggini... sllu kena refresh dulu baru kuor kotak comment tu. x tau nak wat camner!