Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 13, 2012

Potato salad

tengahari lunch dengan salad jer? mula td nak keluar g ronda2 cuci mata, tp bila dah duk kat pc jd lain lak.... dah malas nak bangun pun. apalagi nak g jenjalan, masak pun dah malas.... camner tu nak layan perut dah keroncong ni.... bila x plan mmg blur je la kak rose ni nak masak apa.... so terpk benda yg paling mudah disediakan dan cepatlah dapat ngapnya kan.... potato salad yg sedap dari dapur Jintanmanis. mekasih ya Ros, mintak izin nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahanya

3 biji kentang ( direbus dan dilecek)

1/3 batang carrot

1/2 batang timun

1/4 biji bawang besar

3 sudu besar mayonis

sedikit garam

1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-caranya

1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.

2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.

3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.

- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba. (kak rose x buat yg ni...)

dan lunch ari ni.... potato salad n tempura chicken nuggets bersama timun jepun, cherry tomatoes n sosej. Alhamdullilah dah kenyang.

8 comments:

liza said...

salam kak rose...menarik ni, kentang yg dilenyek dulu, biasa kentang tu org rebus kan....mmm sedapnya...

Kak Rose said...

Liza, cubala... sedap dan simple je buatnya!

suri solehah said...

sedapnya kak rose..suri jenis kena cari nasik jugak kalau lunch..huhu

kasihredha said...

anak2 saya suka ni kak...
maknya pun suka gak

Amie said...

menu yang sedap dan menyelerakan! menyihatkan pun ia... boleh kenyang ni..

Kak Rose said...

Suri, malas masak nya pasal lah ni.... kalau alpo lg nnti kena g cari nasi jugak!

Kak Rose said...

kasih, sama cam kak rose jugak... anak suka, maknya laaaaagi suka!

Kak Rose said...

Amie, sepinggan penuh mesti kenyang!