sayur untuk lunch tadi.... amik pucuk labu ni masa balik kampung ari tu.... subur menjalar keliling rumah mak, x de sapa pun nak amik kan.... so kak rose kutip la nak masak masa kat kampung, tp sebab dah banyak lauk jd mak kata bawak je balik.... apa lagi terus bungkuslah.... bila dah masuk dalam fridge hampir je terlupa dengan pucuk ni.... nasib baik tengahari td masa geledah sayur nak masak, terjumpa lah bungkusan pucuk labu ni..... Alhamdullilah masih segar elok je.... baiklah masak terus kan.... jadi la pucuk labu masak lemak putih ni... resepi oleh
rossitamz dari Myr. mekasih ya..
Bahan2
- 2 cekak pucuk labu
- 1 biji cili merah - dipotong serong nipis
- 2 ulas bawang putih - diketuk
- 1 sudu besar udang kering - ditumbuk sedikit
- 3 cawan santan
- Garam dan perasa secukupnya
- (kak rose omit bawang putih tp tambah bawang merah lak...)
Cara-cara
- Bersihkan pucuk labu, basuh dan toskan.
- Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecuali pucuk labu. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih.
- Masukkan pucuk labu dan masak hingga pucuk labu lembut. Tambah garam dan perasa secukupnya. Siap!!
ni masa baru kutip dari kebun mak kat kampung... segar bugar menghijau.
antara buah yg dah boleh dikutip..... dan ada banyak lagi yang sedang membesar...
11 comments:
salam kak rose...bestnya dpt mkn sayur2 kpg cmni....peberet liza ni..
liza, sama la cam kak rose... maklumlah orang kampung! tengah cari cendawan kukur/sisir.. tp x dapat2. mana nak carik nih?
mmg sedap nih kak rose. tapi klu niza, pucuk labu ni suka celur buat ulam...sedap.
Niza, x penah lak makan buat ulam... next time boleh la try.
bestnya kak dapat mkn sayuran fresh yg dpt dipetik sendiri :)
Salam Kak Rose, salah satu pucuk sayuran yang Ratna adore tapi ada tetapinya yaitu bulu-buluannya disekitaran tangkai pucuk labu itu mengundang kembali kepayahan penyediaan semasa membesar dengan Moyang harus di-bersihin sikat sisih gitu, berejam baru selesai ... jadi pengsan mengadapnya!
Pucuk labu segar bugar menghijau mem-flash back kan kembali kenangan yang silam..., senang sekali keadaan suasana dikampong seperti yang Kak Rose gambarkan dan buah labu subur membesar petanda rezeki.
Salam manis manis madu.
kasih, tu la untungnya dok kampung kan...macam2 ada tanam sendiri... tp orang kampung x makan pun pucuk labu ni.
Ratna, mmg agak susah nak membuang semua bulu2 tu... so nak senang buang je mana yg dapat... yg x leh tu kira halal je la.
Insyaallah, buah labu yg subur membesar akan membawa rezeki.... dapat makan labu yg ditanam sendirik!
Ahkakkk!! Sedap tu, ikan goreng + sambal belachann...fuhhh!! Cara akak sama ngan saya, lemak putih x letak bwg putih...
Lauk fevret Along ni.... tapi takleh makan selalu...sejuk tulang... hehe
Kak ros tak de tempat komen..tapi kita nak komen juga.Semalam pun ros masak pucuk labu.Tengah tumbuh berdaung kat tepi rumah.Dah pernah masak lemak putih,goreng dgn udang dan kerabu.Kerabu tetap jadi pilihan ros dan habby.sedapkan pucuk labu.
Post a Comment