Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 25, 2012

Kuih bakar durian

kuih untuk minum petang kami anak beranak.... kuih bakar durian. balik kampung ari tu mmg borong durian kat pekan Air Hitam.... mmg cantik2 isi dia, sangat kuning diraja isinya... apek penjual yg x baru habis makan besar malam chinese new year tu kata durian 101. x penah dengar jenis2 doyan ni.... entah la, main bli jer. yg penting isinya sedap dan manis, berbaloi jugak membeli sampai -+rm100, makan sampai nak pengsan! dan ada berbaki, kak rose kopek isi dalam tupperware bawak balik SA.... buat kuih bakar ni.

untuk kami 3 beranak....

pagi2 balik dari briskwalk tu kejut cik google soh carikan resepi ni... sekali yg pertama kour ialah resepi dari CMG.... teruslah terjah kesana, n menggodek kuih bakar ni. mekasih ya Mat dan kak rose mintak izizn nak cnp n tepek kat sini lak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gm isi durian, kalau dpt pilih yang bau "cengit" (kuat baunya)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

*** adunan ni a bit too sweet pada kak rose, mungkin sbb durian tu mmg manis sangat, so len kali kena kurangkan sukatan gula.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
  3. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
  4. Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...
yang ni kak rose bagi jiran kak rose merasa....

6 comments:

Ct Lalola said...

nmpk sedap nye... leleh ayaq liuq..

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, seronok sekali dapat bercuti dikampong halaman .. makan durian lagi! Terkempunan jadinya ... gimana pun begitu lunak kuih bakar durian itu ... tengah sedih ni .. dengan ayatan Kak Rose "makan sampai nak pengsan" berkurun Ratna tidak merasa isi durian, pulang pada tahun lepas tidak lagi bermusim durian panjang kata satu buah pun tidak kelihatan, sedih kali!

Salam manis manis madu.

izahdaut said...

assalamualaikum kak rose..
cantiknya kuih bakar durian ni. terliur.. tapi dah lama dah tak jumpa durian. kalau jumpa pun maakan terus kat gerai tak bungkus pun. klau idak teringin jugakk

anymz said...

salam kak rose,rasa cam best je resepi ni..nak try jugak lah kak rose..ambik resepi kat rumah kak rose ni dulu lah ya..

Kak Rose said...

Ct Lalola, cubalah... pasti x rugi...

Ratna, berkurun x jumpa durian ya.... nnti bilabalik mesia boleh la nak makan puas2... kalau x musim mmg x de la. kesian, cuma dapat tengok je ya..

Waalaikumsalam Izah, tu la balik kg borong bagai x hengat... tp resepi cmg ni mmg best la.... cuma sapa2 yg x suka manis boleh kurangkan gula.... nnti kena kencing manis!

Anim, silakan... kita sahrekan resepi dari CMG yg best nih.

AbbotCottage said...

Amboi amboi amboi Kak Rose, ber deghoyan keme ya. Tumpo le teman nengok kuih bako ni....mercik ayo liyo ni ha.