Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 11, 2012

Karipap roti... lagi!

sejak dapat idea dari Ros SinaranMenu cara membuat karipap gunakan roti ni, rajinlah kak rose nak buatnya untuk minum petang.... karipap orang malas macam kak rose! yalah x payah nak uli tepung bagai nak sediakan kulit karipap... gunakan je roti. senang kan? meh tengok camner nak buat karipap ni.... inti ikut suka la ya....

cara membuat karipap:

1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk
2. letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. lepas tu gunakan garf kecil untuk menekan tepi karipap.
3. susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang.
4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang.

Note: karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan semula kedalam oven.

cara kak rose yg derhaka: sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan kuning telor . so x yah tebalikkan

inti karipap kak rose copy dari CMG yang gunakan daging berger untuk puff kingkong nya.... best! mekasih ya mat!

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose buh 2 keping...yg daging punya...)
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar tomato puree
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing.
  2. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air.
  3. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering.
  5. Rasa dan matikan api.
  6. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.

20 comments:

faa.rosli said...

menarik idea ni..nampak sedap!!nyum nyum..

kasihredha said...

kak, saya tak pernah buat karipap roti
good idea

cik cek said...

Wah! dari roti dah jadi karipap..tak yah susah2 nak buat dough karipap kan...keje senang ...mkn pun sedap...:)

izahdaut said...

saya pun dah buat karipap ni kak ros. cume tang nak bagi lekat tu payah sikit. saya sapu air sikit bagi lekat. tapi memang idea terbaik kan

Kak Rose said...

faa, sedap. yg penting senang nak sediakan...

Kak Rose said...

kasih, nnti senang boleh la mencuba....

Kak Rose said...

cik cek, semua nak yg senang jer... cepat dapat ngap!

Kak Rose said...

izah, tu yg nampak terbarai2 inti dai tu... payah nak lekat!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
kak rose, pandai dan kreatif sungguh, leh kongsi idea ni.. :) menarik dan tertarik la..

Amie said...

Kak Ros,
derhaka yang kreatif tu... berkilat-kilat!

Sheila Shafeareen said...

salam kak ros mmg senang kan buat cam ni...sepat dan ringkas....bekilat npk bila di bakar...

Wan Anita said...

Assalamualaikum kak ros...kreatifnya akak..tq for sharing yer...nak try jugak la mcm ni....

cik dah faridah said...

pernah wat skali..tp sy grg jer.......

suri solehah said...

emmm..menarik kak rose..nanti buleh lah suri cuba pulak

Kak Rose said...

Nani, kak rose pun cuma panjangkan resepi dari kawan2... kita share2 idea la kiranya.

Kak Rose said...

Amie, bila dah bako dia jd berkilat2.... rangup sangat!

Kak Rose said...

Sheila, orang malas macam kak rose ni mmg suka yg senang2 je.... dan cepat dapat ngap!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Wan Anita... silakan mencuba ya.

Kak Rose said...

cik dah faridah, goreng pun boleh je... memasing punya pilihan... tp kak rose lum pernah wat yg versi goreng ni.

Kak Rose said...

Suri, sekarang ni x de la roti nak terbiar membazir kan.... macam2 leh buat!