Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 16, 2012

Karipap - resepi tun telani

juadah minum petang semalam....

sejak tau buat karipap dengan roti tu rasanya lama dah x buat karipap yg guna tepung ni.... sbb nya ialah sangat malas.... tp bila sekarang ni anak cuti semester dan ade kat rumah kenalah mama ni jadi rajin sket, sediakan banyak2 kudapan. macam karipap ni buat satu adunan goreng sikit dan selebihnya buat frozen, bila2 nak makan tinggal goreng jer. senang keja kan...
dulu penah buat menggunakan resepi tun telani ni.... dan kerangupan kulitnya membuat kita nak buat lagi dan lagi menggunakan resepi ni... mekasih ya tun kongsikan resepi ni berserta inti sadin dan kentang tu.... memang anak suka, bapak anak suka, mak anak laaaagi suka!

Bahan-bahan ( dlm 35biji )
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis (x de - kak rose ganti ngan asam keping)

Cara-cara

  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (kak rose simpan kejap dalam fridgedalam 1/2 jam gitu baru guna)
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  7. bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.

ni gambo yg buat dulu.... lupa lak nak amik gambo yg semalam punya yang dah zasssss masuk dalam freezer. satu adunan ni kak rose dapat dalam 40 biji... huh jenuh nak mengelim, maklumlah keras tangan! herot merot besar kecik suma saiz ado! untuk nak sedapkan hati sendiri ----> asalkan sedap dingap! boleh?

18 comments:

tun_telani said...

salam kak rose ^^ wahh.. tun pun petang ni nk menggoreng karipap sardin yg tun frozen. final batch. pasni kene la mengelim lagi.. tun pun x suka mengelim karipap.. jenuh nk habiskan 40bijik tu.. sampai sakit2 belakang. sambil kelim sambil tgk tv. hehe.. tp akak kelim cantik je tun tenok.. tang mana yg herot merot tu??

suri solehah said...

karipap kegemaran suami ni kak,kat rumah ni..ada satu kotak kentang yang dia belikan suruh kita buat karipap tapi tak terdan-dan nak buat..huhu..

mokwo® said...

jap lagik..nak gi carik zipper bag!

izahdaut said...

kak rose.. saya pun suke karipap tun ni. cantik la kelim akak tu. pastu nak cari jugak ziper bag, tak nah nampak aa

Kak Rose said...

tun, mmg lenguh tangan nak mengelim tp makan sedaaaap jer.... he he he yg herot merot tu kena sorok..... kantoi!!!

Kak Rose said...

suri, wah satu kotak tu.... kalau buat nnti boleh penuh freezer!

Kak Rose said...

mokwo, senang nak simpan kalau ada lebih2 bahan!

Kak Rose said...

izah, g cari kat care4, tesco pun ada gak...

eina said...

kak rose..nak jgk karipap tuh..nak yg frozen punya tau,senang nak grg pg2 bg anak mkn..hihihihi..hhampeh tul kan,ada jgk yg kena lempang ngan kak rose ni..sesedap rsa je mintak free

Kak Rose said...

eina, x aci la cam tu... lenguh tangan mengelim x abes lagi ni... g buat sendirik sana! hi hi hi

Uncle Lee said...

HelloKak Rose, I love your these curry puffs. Looks so sedap best!
And the colour is really nice....the texture so smooth. Very well made.
Can see you pakai that special ingredient called 'sayang', ha ha.

You lucky your blog is okay. Mine and many others ada hiccups, the comment box changed from my usual dark blue to red, and comments become mini size, as well wrong time too.

You have a nice day,
Lee.

Kak Rose said...

Uncle Lee, when we cook with love n sayang sure turn out very nice one, especially for everyone that we really sayang, kan.

actually my blog pun tak ok, see the timing for the comments, even dah go to the setting n adjust the timing, tp masih jugak late by few hours... and ada reply n delete jugak kat bawah every comments tu... do know what to do...

kasihredha said...

cantik apa akak klim
saya dulu belajar klim dgn plastersin(betul ke ejaan ni?)

Nieza said...

sedapnya tgk karipap kak rose ni..kemas jer rupanya tu:)

ainnoraini said...

karipap mmg kesukaan kami sekerluarga kak ros..lagi sedap bila makan masa panas...

kalau saya buat tak la secantik karipap tu..janji boleh makan anak2 pun ckp sedap..

Kak Rose said...

kasih, itulah kelim keras tangan.... asalkan x terbukak sudah lah kan...

Kak Rose said...

Nieza, layan dengan teh o pun sedap jugak... sambil berangan2 kalaulah dapat kelim karipap tu dengan cantiknya....

Kak Rose said...

ainnoraini, apa ada pada rupa kan.... yg penting keluarga suka dan sedap!