Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 13, 2012

Bubur cik ts punya....

beria2 membuat.... tapi cik tong sam je yg dapat makan!

Salam Jumaat yang mulia pada semua.... kisah semalam yg menyedihkan hati sendiri.... tak tau nak gelak ke nak sedih dengan keadaan ini! x salahkan mengakui kesilapan sendiri. dan dari situ harapnya akan dapat belajar untuk memperbaiki kesilapan sendiri.... (ayat nak sedapkan hati sendiri la ni...) apalah agaknya kesilapan tu ya...

dah lama teringin nak makan bubur biji nangka ni... dan saja beli santan lebih untuk masa buat gulai pucuk paku tu. hajat hati mmg nak buat bubur biji nangka ni la. dan lepas lunch semalam, dengan hati yg berbunga2 nak makan bubur ni terus lah membuatnya.... dengan konfiden je uli tepung siap buh kaler maler lagi.... mmg x perasan langsung ttg tepung tu. sekali pandang ade ke nampak beza antara tepung beras dan tepung pulut? kalau x tengok plastik bungkusan mmg kak rose x tau nak membezakan... bila dah masak dan sejuk sikit mula senduk, amik gambo bagai.... x rasa pun lagi.....

dah lama pas tu baru lah nak rasa bubur yg diidam2kan ni.... bila rasa je.... eh? kenapa rasa semacam je biji nangka ni, tak kenyal macam selalu tu. mula tu x perasan lagi, pas tu bila rasa lagi satu, terus kedapur tengok tepung yg kak rose guna td..... huwaaaaaa!!!!.... tepung beras rupanya! tepung pulut ada tercongok kat sebelah tu jer.... kalau la tepung pulut boleh cakap, agaknya dia gelak sakan kat kak rose ni kan.... cuai punya olang! tatak tengok betui2 itu tepung mau guna! kenapalah x tengok betul2 tepung dalam tipuware tu tadi! nak marahkan diri sendirk pun x guna kan...... so, lesson learnt. len kali nak buat apa2 kuih pun kena tengok betul2 tepung yg nak diguna.....x nak jadi cenggini lagi.... sudahnya cik tong je yang dapat makan bubur biji nangka kak rose ni....

agaknya lepas ni nak kena bubuh lebel besar2 kat bekas tipuware tu?

9 comments:

suri solehah said...

alahai..telan jugaklah kak patutnya huhu..kalau dulu tepung pulut tulisa kaler biru skrg ni semua pun merah kan..
apa-apa hal pun sukanya bekas love tu...nak jugak kak

Kak Sam said...

hahaha sekali sekali takpe kak. Jangan berkali-berkala sudah. kaler dia cantik le kak

Kak Rose said...

suri, x leh nak telan la... rasa dia lain sangat... x pe la, rezeki cik tong!

Kak Rose said...

Sam, mmg len kali kena betul2 berhati... x nak pisang berbuah 3 kali!

tun_telani said...

tun pun x tau beza kalau x tgk kat plastik dia. hihi.. pastu tun selalu tertukar nk guna tepung pulut or tepung beras bila wat kuih ni ;p

Kak Rose said...

tun, ni la gaya tukang amatur! x tau nak beza!

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose, diawal pagi yang comot sudah ada penawar ... ketawa sendirian disaat ayat "tipuware" itu, sangat-bangat ditipu oleh tipuware ya Kak Rose, sudah di-ceriakan dengan kisah dari Kak Rose yang bijak mencuit rasa perasaan Ratna disini.

Sayang sekali bubur yang lembut warnanya walau pun terpaksa tapi dengan relanya terbuang di-cik tong sam ...

Ratna rasa pabila berbual mesra dengan Kak Rose pasti awet muda, ketawa jadi berbunga rasa perasaan ... gimana pun Kak Rose sediakan dilain kali si-bubur biji nangka idaman selera.

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Salam Ratna, lama x dengar cerita....

mengapa paginya jadi comot? hari jumaat yang mulia jadi ceria dengan tupperware yg sudah nama tu ya...dan harap perasaan ceria tu akan sampai kepenghujung hari... biar awet muda gitu! buangkan jauh2 kisah2 yg menggangu hati....dont worry, be happy!

ya nnti mmg nak jugak buat lagi sekali.... harap2 tak salah tepung lagi.

Unknown said...

saya pun pernah juga tersilap mcm kak rose ni..haha sabar jer la kan.

cantik mangkuk love tu kak:)