Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 28, 2012

Acar timun masak

salam hujung minggu buat semua.... awal lagi dah nak tayang acar timun yg baru je kak rose buat nih. acar ni kak rose nak gandingkan dengan nasik minyak, tp x masak lagi..... tp sedikit muskil dengan kaler acar kak rose ni.... merah semacam jer kalau dibandingkan dengan tuan punya resepi dan juga lapuran bergambar yang dihantar kat Myr tu.... semua cantik2 jer kaler dia... boleh x salahkan cili kisar kak rose yg memang sangat merah. apakah?

resepinya dari Myr oleh Yani. mekasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak.....

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

1 comment:

izahdaut said...

saya pun dah pernah buat acar ni. sedap.. saya suke