Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 2, 2011

Puff kingkong CMG

Asalamualaikum dan salam tengahari Jumaat yg mulia... dah waktu lunch tp nak tayang menu bekpes yg x sempat pagi td.... walaupun cepat disediakan tp disebabkan pepagi dah potpet ngan jiran sebelah, so lambatlah jugak siap menda nih! kulit pratha yg dah dikeluarkan terpaksa masuk balik sekejap dalam freezer, baru senang nak wat keja... sudahnya bekpes dengan roti bakar jugak. pas bekpes barulah siapkan puff ni, elok jugak dah siap menu untuk minum nnti kan... pssttt... x sempat tunggu petang dah baham setengah biji tu.... sedap!

nampak puff ala karipap kingkong ni kat rumah CMG yg keratif tu, teruslah kak rose tingin nak wat... eh! tingin nak makan sebenarnya.... nak tau camner rasa daging beger kalau buat inti puff ni... so meh kita tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah CMG.... kak rose buh nama baru pd resepi ni - Puff kingkong CMG - ok x? anyway, mekasih ya mat!

karipap yg sebeso kingkong... mmg boleh tergolek kalau boleh abes sebijik nih!

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose buh 2 keping...yg daging punya...)
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar tomato puree
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping roti prata instat jenama KAWAN
1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..

15 comments:

liza said...

salam kak rose...sedapnya puff tu..Liza pun xpernah buat lg guna dgg burger tu,nnt senang2 nk try jugak resepi CMG ni...

HALAMANKU said...

Ha ha ha gempak tau akak bila erma baca kat tingkap lelaju datang... tang KingKong yang x tahan tu... wah nampak dompot n byk isi.. suker.. kompom sedap tu kak.. kita minum petang sama2 yer kak.. he he he

Cendana Kasih said...

salam akak...

jgn orang yang makan jadi macam kingkong udah ler kak...wakahkahkah....

suka nama baru puff ni... bagi 5 bintang !!!

Kak Rose said...

liza, senang kan bila ada resepi mudah cenggini... x yah nak cari daging atau ayam lagi dah!

Kak Rose said...

Erma, gempak kan nama dia! buh isi banyak2 baru puas makan kingkong ni.

Kak Rose said...

Noorma, vogue kan nama baru tu? agak2 CMG marah x?

kak rose ni pun saiz dah jadi seakan2... apa lagi bila dapat makan kingkong tu!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak rose..roti prata memang macam2 boleh buatkan? sebab tu ros suka dan selalu simpan stock.Ada emergency je terus masuk oven.

Kak Rose said...

Ros, sejak tau pelbagaikan ni, sllu je ada stok dlm fridge... tp kadang2 x rajin nak buat filling nya tu!

dZana said...

aslmkum k rose..bab nk filling tu la yg paling malas .. dah lama jugak tak buat puff ni..kene stat buat filling dulu baru dtg rajinnya..

cik cek said...

Puff Kingkong????? Wah! mesti beso puff ni kan kak rose...mkn sebiji mesti terlebih kenyang ni kan...rasanya...emmmm...tgk gambo je dah tau...mesti sedap kan....kalau dapat makan ni lagila sedapnya...he he ..:-)

Mat Gebu said...

King kong tu yang dasat sekali...hahahaha

Kak Rose said...

dzana, guna yg ready2 jer... daging beger, mixed vege... senang kan!

Kak Rose said...

cik cek, mmg sedap.... dan bila isi banyak2 jadilah terlebih beso... ngalahkan kingkong!

Kak Rose said...

Mat, dasatkan! tp kesedapannya lagi dasat tau! sebiji boleh dua orang makan, kenyang!

kasihredha said...

king kong sebab besar ye kak?
kalau kita tukar giant pun boleh kan kak :))
sedapppnya..