Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 22, 2011

Puff kingkong lagi....

salam dan selamat pagi semua.... pagi2 ni dah hujan pulak, x la lebat tp drizzle yang berterusan... x dapat la nak g brisk walk, dan apa lagi ....pepagi cenggini terus je mengadap pc. boleh la mengupdate rumah maya kak rose ni....puff kingkong ni kak rose buat untuk minum petang semalam. malas punya pasal ni lah terjadinya puff kingkong.... kalau buat kecik2 mesti lagi cantik kan. tapikan mmg x terabes sebiji ni makan sorang. separuh tu pun dah kenyang tau! ada sebiji lagi nak reheat n wat sarapan pagi ni.....

resepi nya kak rose cnp dari rumah CMG dan kak rose penah tepek kat sini dulu.... tp kali ni kak rose guna isi ayam instead of burger tu. sedap! meh kak rose tepek lagi sekali ya...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose guna isi ayam didadu...)
1/2 camca besar cili kisar (kak rose guna cili flake + lada sulah)
1/2 camca besar tomato puree (x letak)
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping roti prata instat jenama KAWAN
1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..

11 comments:

Wan Anita said...

Assalamualaikum...
Alahai sedapnya klau dpt mkn pepagi nih...kat bangi pun dok bergerimis sejak subuh td....

Mat Gebu said...

memang terpengsan tgk puff King KOng nih...hahaha

liza said...

salam kak rose....xkisah la puff kingkong ke ape, jnji sedap....hihihihi

chikadakbiru said...

puas mulut kalau dpt makan puff nih :))

Kak Rose said...

Wan Anita, bila lapo apa pun sedap kan... lagi2 lak musim hujan ni... lapo memanjang!

Kak Rose said...

mat, mmg boleh pengsan!

Kak Rose said...

liza, betul tu!

Kak Rose said...

chikadakbiru, puff orang malas!

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedapnya Kak Rose.....

azieazah said...

Lama dah saya tak buat karipap. Ohh rindunya.

Faiz said...

sedapnya..lama dah pandang puff king kong nih, haritu gi giant ternampak prata tu, tapi masa tuh tak bape sure resepi..lupa..jadi tak ambil la..emm nak kena try gak nih