Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 20, 2011

Panas tinger dipagi hari!

salam dan selamat pagi.... pagi yang haru sbb x dapat nak g briskwalk dek gegata yang menyerang dibetis kak rose.... tersangatlah gatalnya, x dayalah nak g briswalk bagai... so tangan ni gatal2 nak kemas dan susun bil2 yg dah dibayo... terjumpalah bil2 yg kat atas tu.... mak ai... 3 penggal tertunggak cukai pintu untuk 2 pondok sekangkang kera kak rose tu, cukai tanah pun.... sebabnya masa pindah sini dulu x tukar alamat - masih guna alamat lama lg! selagi x de bill x la nak ingat nak bayar kan..... memulakan siri tepon sana sini sampai panas tinger ni! tp bila tanya orang yg duk kat rumah lama tu x de pulak dia terima bil2 tu, either dari DBKL atau pun MPSJ....aik? x tak kan posmen buat keja macam dulu tu..... buang surat2 dalam sungai? encik posmen jangan marah ya, bukan semua buat keja cam tu kan.... x tau la bil2 tu hilang kat mana lak kan?

so, terus tepon DBKL, tanya tunggakkan dan tukar alamat sekali, x de masaalah, boleh tukar alamat through the phone jer tapi MPSJ tu..... naik darah dibuatnya! dah la semua tepon mesin je yg cakap, bila dapat cakap dengan operator katanya sambung kan to the right person.... tp tut tut tut jer.... pas tu line terus cut-off. 4 kali call dan bila dah dapat cakap operator tu, memula sekali cakap dengan dia please jgn lah cut off the line dengan suara dah tinggi barulah dapat cakap dengan the right person.... tp yg jawap tu pun macam nak x nak jer - boleh bayangkan mesti moncong panjang nak layan orang macam kak rose ni kan....sampailah kak rose tanya - sakit ker, macam x larat jer? barulah ok sket sora dia.... so bila kita dah naik darah dengan suara tinggi kenapa boleh je tukar alamat through the phone jer... x boleh ker make the transaction as simple as possible kan, kenapa nak tulis surat bagai.... zaman info dihujung jari tp derang nak guna surat n snail mail lagik?

ya lah segala macam cukai nak kena bayar, tp bila kita nak mintak bill pun x nak layan... so kepada adik2 yg bertugas di front desk atau pun yg kejanya kena deal dengan orang ramai ni agaknya patutlah g kursus etiquette camner nak jawap tepon atau berdepan dengan public... x rugi kan kalau kita ada courtesy cenggini!

enough rambling, nak g bayar bil2 tertunggak ni pulak.... adoyaiiii!!! ada big hole in our pocket! ni la padahnya kalau berpindah n x tukar alamat surat menyurat... kawan2 jangan tiru macam kak rose ya... nnti sendiri yg susah!

5 comments:

liza said...

salam kak rose....sabo2, diaorg ni kdg2 buat keje sambil lewa jer..kdg2 mmg angin jugak...

Cendana Kasih said...

mpsj ni mmg banyak songeh akak..kalo nak merepot itu ini, tak payah ler tipon, gerenti tak ada tindakan susulan, hantar email jer...sure pantas jer tindakan diorang...

Kak Rose said...

liza, mmg angin satu badan dibuatnya... cukai kutip tp service hampeh!

Kak Rose said...

Noorma, len kali nak hentam guna e-mail je kan... teach them a lesson that duit kita pun ada harga gak! ni kalau lambat bayo cukai jer kena denda...tp bila tepon nak jawap pun macam orang dah nak putus nyawa! angin sungguh dibuatnya!

Naz / Nadz COSK said...

Perkara mcm ni selalu sgt berlaku di mana2.. tak kiralah badan apa pun. Kat sepital pun cam tu gak.. Kerja yg sepatutnya mudah dan cepat jadi susah dan lambat.. Memang memanaskan hati betul..